Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

11 Ogos 2009

ketika itu.

Aku banyak makan hati

Entah

Akukah yang bersalah?

Akukah yang berdosa?

Mungkin…



Aku bukan siapa-siapa

Aku jua tidak pernah mengharap

Menjadi bintang

Menjadi bulan

Cukuplah sekadar aku

Yg serba kekurangan

Namun aku masih punya perasaan

Yang nmpk tegar tapi halus



Aku tidak pernah minta itu

Aku tidak pernah minta ini

Apakah aku kurang memberi?

Serasa, sudah aku korban jiwa dan raga

Sungguh hati dan perasaan dirobek belati

Aku ternampak lukanya

Pedih

Biarpun pulih, parutnya pasti jelas

Dan sesekali sakitnya pasti berulang lagi

Dan kali ini aku tahan lagi

Air jernih dari turun ke pipi



Aku tidak akan menangis demi kerana manusia yg tidak mengerti

Erti kasih dan syg suci

Yg pernah ku beri dan mewangi



Terima kasih duhai dikau

Aku tersenyum dalam duka.

Tiada ulasan: