Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

15 Ogos 2009

seribu pertanyaan tentang dunia

hidup ini pentas sandiwara. episodnya berbagaibagai rupa. ada memori duka, ada saat bahagia berbunga. kadangkala, seribu pertanyaan hadir menyesak minda. aku yg begini, seringkali merasa sangsi. seluruh pertanyaan serasa ingin kuhambur dan ku tanyakan pada mama.

padaku, biar bagaimana, biar bagai apa, dia pasti mengerti dan akan cuba mengerti. sungguh, kata-katanya, dan bicaranya hanya lewat pada diamnya dia. jarang sekali dia menyoal, jarang sekali dia bertanya, sungguh kehidupanku ini apa rupanya?

namun, pada diamnya, aku temui, jawapan. pada diamnya, aku temui, harapan. pada diamnya, aku temui, pesanan. dan sungguh, hanya sekadar memandang pada bening matanya yang redup, aku merasa cukup.

mama, terimalah sebahagian pertanyaan yang memenuhi ruang lingkup mindaku, namun bahagianya, aku temui jawapannya, dalam setiap diammu. :)



rasa ingin saja kutanya pd mama:
Ma, awat belajaq itu meletihkan? along letih. along capek.

dan pasti mama akan menjawab:
Along, hidup ini satu pengembaraan. Along belajaq utk berjaya dlm kembara. memang penat. memang perit. tapi hasilnya sangat manis. bersabarlah long.

dan aku tunduk tanda setuju

rasa ingin saja kutanya pd mama:
ma, awat ada manusia yang mcm tu? mulutnya celupar, hatinya busuk. along benci...

dan pasti mama akan menjawab:
along, setiap manusia Allah cipta, ada kekuatan dan kelemahannya. dan sungguh, manusia tidak boleh mengadili manusia lain, kerana ssungguhnya, kita tidak layak. dan kesempurnaan itu hanya milik Allah. bersabarlah long. dgn bersabar, along pasti dpt ganjaran yang baik disisi Allah

dan aku tunduk sayu, tanda setuju

rasa ingin saja kutanya pd mama:
ma, kenapa jln dkwh itu mletihkan? kdgkdg along rs tak mampu. along xkuat. along lembik. along lemah. mampukah along?

dan mama pasti akan menjawab:
along, along itu khalifah. khalifah itu ketua. ketua yg mnyuruh kpd yg makruf, mncegah kpd mungkar. along tak boleh menafi. allah sudah stresskn dlm baqarah:30.
along check ali imran: 110. ali imran: 104
an-nisa: 58.
itu tugas along. dan bersabarlah long. jln dkwh itu memang perit, namun hasilnya sgt manis.pegang dgn janjijanji Allah, as-saff (10-12)
itu pelaburan along dan ini janji Allah. yakinlah

dan aku tunduk tanda setuju, dgn air jernih mengalir dipipi

rasa ingin saja kutanya pd mama:
ma, kdgkala along cuba mjd yg trbaik. kdgkala along jd hebat. namun, along pasti tewas di tgh jln. along tidak mahu futur (gugur) ma. bagaimana?

dan mama pasti akan menjawab:
along, ssungguhnya ksempurnaan hanyalah milik Allah. tidak mengapa, Allah memandg usaha along. jgn berhenti brharap, jgn berhenti brdoa, jgn berhenti meminta.
sungguh, Allah telah berkata pd malaikatnya,
'turunkanlah ujian dan musibah ke atas hambaku, kerana ssungguhnya Aku rindu mndengar mereka merintih meminta kepadaKu.'
along minta tak? along doa tak? ka along give up trlebih dahulu?

dan aku tunduk tanda malu. terasa berat mendongak kepala.

rasa ingin saja kutanya pd mama:
ma, along dh letih. along dh cuba. tapi dia dan mereka masih begitu. apakah along yg berdosa? along mnyibuk dgn hal mereka?along busybody? along tidak layak memberi kata?
terus bagaimana? dilepas syg, dibiar berdosa.

dan mama pasti akan menjawab:
along, hati ini milik Allah. hati along, hati dia, dan hati mereka, dan hati mama, dan seluruhnya, hanyalah milik Allah. Allah yg memegang hati hati semua. Along sudah mencuba. tidak mengapa. usah terus berduka. Allah lebih mengetahui prjalanan hamba hambanya. teruskan berdoa minta diberi petunjuk dan hidayah. Insyaallah, Allah bantu. pohon pd Allah ditetapkan hati along dan hati mereka. senjatanya, hanyalah doa. teruskan berdoa.

dan aku mengangguk angguk tanda setuju. sambil mengesat air jernih dgn hujung baju.

duhai mama, diam mu itu bicara
kata kata mu itu cerita
pandangan mu itu cinta
harapan mu itu doa
kasih syg mu itu pelita

kupohon redha mu menemaniku
dari nafas pertama sehingga hujung nyawa
:)

ameen

Tiada ulasan: