Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

04 Mei 2010

hati kaca

hati aku mcm kaca skrg. kalau silap gaya, jatuh tiba tiba, konpem boleh pecah. dari dulu lagi, hati aku mcm kaca. cuma setiap kali nak jatuh, aku tahan dan aku sambut, sebab sekali hati aku pecah, memang susah dh nak bercantum, mcm kaca. nama pun hati kaca.

ya. aku ngaku. aku memang Sahara. kering dan kontang dari rasa cinta sepenuhnya. sukar memberitahu perasaan sendiri. payah nak tafsir perasaan org. tak peka pada perasaan org. selalu menipu perasaan sendiri. sukar menyatakan perasaan suka. sukar memberitahu perasaan kasih. ya. aku ngaku. even mak ayah aku pun ckp aku mcm tu tentang aku. maksudnya, ya memang betul la. tapi aku rasa, semakin lama, aku semakin pandai utk fhm perasaan sendiri dan perasaan org. aku dh tak fikir utk lari dan sembunyi di mana mana. rasa utk tahun ini, perkataan escapism memang jarang diganding dgn aku. aku bukan emo. jauh nama aku utk letak bersebelah dgn nama emo. jarang. sampaikan kwn aku kata aku tak ada perasaan. aku taklah bangga sgt bila org kata aku tak ada perasaan. apa yg nak dibangga pun.

aku cuma bangga dgn diri aku bila mana aku rasa lately, aku dh semakin matang. sampai org sekeliling boleh notice kematangan aku itu. aku bangga sgt weh. tapi, matang dari konsep aku memang tak sm dgn matang konsep org lain la ya. org sekeliling kata, rumusan shja ni; "fatin skrg, dh nmpk matang". "nmpk bertanggungjawab". "nampak mcm seorang leader". fatin itu, fatin ini. pendek kata, semua bercakap tentang kematangan aku yg semakin menyerlah. kembang la jugak hati aku. mak dgn ayah apatah lagi. aku tahu, dorang seronok tgk aku makin matang.

byk benda sebenarnya yg aku korbankan utk jadi matang. dan dah tentu matang aku lain benar dgn matang kamu. aku tak kisah. semua ada perspektif sendiri. aku pun. cuma, kadang kadang, aku rasa terlelah. dan bila aku lelah, aku tak tahu nak menghadap hambur lelah aku ke mana. kepada Dia dh tentu nombor satu. aku tetap perlukan nombor berikutnya yg mengikut. seperti nombor dua dan ke bawah. tapi payah. dh memang Sahara. susah. pendam pendam sampai aku sendiri jadi lembik. lepas tu dh lembik konon konon nak lari. lari tak menyelesaikn apa kecuali membawa pergi sedikit luka. aku quote ayat ni dari Ikhwan; If you run, you will only die tired. tepat.

tepat sgt. tapi skrg, satu perasaan yg aku rasa tak sedap dgn diri sendiri adalah, aku dh tak rasa apa-apa. nak nangis pun tak, nak marah pun tak, nak gelak lebih lebih pun tak, nak kesat air mata pun tak, entah. aku rasa tak terkudis dan tak berbekas. aku jadi mcm duduk dlm konsep, buatlah apa kamu nak buat, aku dh tak kisah. dh tak kisah.

teruk. aku tak suka perasaan ini. perasaan ini menandakan yang aku dh tak peduli hapah. aku cuma peduli pada hati aku sahaja. mampos. Sahara aku dh kembali menyerlah. aku tak suka perasaan ini.

satu sj yg aku tahu. Allah sedang menguji aku. sekali lagi. dgn rasa depresi tak terbendung. aku tak boleh kalah pada emosi yg bukan bukan ni. aku bukan budak cengeng. aku tahu, aku lebih kuat dr apa yg aku sangka. lebih kuat. alhamdulillah. aku nak buang jauh jauh rasa sedih tak ketahuan punca, rasa lembik kaki tak berdaya berdiri, rasa penat sampai nak berputus asa, aku nak buang semua. perjuangan aku belum habis. masih panjang. masih banyak. aku tak nak mati dlm keadaan kecewa.

jadi, buatlah apa sahaja, janji Allah ada. aku tak terkudis dh. sebab aku tahu, aku akan kuat selagi ada Dia. thats the spirit girl!

alhamdulillah.

tengok. aku dh tak cengeng macam dulu. kan?


Tiada ulasan: