Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

30 Jun 2010

masih ada

assalamualaikum. jwb cepat dgn senyum paling manis mcm gula batu. hai. brtemu lagi dgn aku yg semakin lama semakin kecut tapi hep hep bukan kecut kurus tapi kecut minda dan fizikal scr maya kerana keletihan sebab sibuk jadi berganda ganda. aku dh agak aku akan sibuk. tapi aku tak agak yg aku akan tough dan segagah di tahap skrg. alhamdulillah. aku masih hidup, bertahan dan masih boleh tersenyum manis walau tak ada lesung pipit, mcm dulu dulu. aku pun risau kalau aku tak senyum sehari sebab aku nak awet muda hahahaha okay lwk shja.

sbenarnya, dulu waktu muda muda, waktu aku masih berfikiran pendek, dan kalaupun aku ambil keputusan nak berfikir dgn capaian jwpn yg akan hadir selang 3saat selepasnya, aku tidak pernah suka dgn tanggungjwb atau amanah. bukan benci tapi lebih kepada tidak terlalu willing. tidak willingly.

tetapi bila lama lama, dh boleh naik bas sendiri eh eh dah boleh berfikir matang la jugak dan dh rasa perlunya utk bersikap matang dlm hidup, takboleh nak childish sgt, aku dh mula belajar utk sebut perkataan redha. terima. hadam. hadap. dan kulum. sebab, sebagai manusia, aku tak akan boleh berlari ke mana mana pun atau dari mana mana pun kerana berhidup sebagai manusia memang disertakn pakej kena memegang tanggungjwb.

tanggungjwb sbg adik, kakak, abang, murid, pekerja, guru, doktor, peguam dan lain2 lagi. paling utama dh tentu tanggungjwb sebagai khalifah sebab tanggungjwb ini yg diletak sebagai priority seorang yg bernama manusia. *senyum*

kadang kadang, org nampak mcm aku gagah. kuat. sebab mungkin luaran aku nampak seperti terlalu redha dgn satu senyuman paling manis sebab aku tak ada senyum tak manis haha yg aku bagi. tapi, aku tak tipu. aku pernah penat. aku masih penat. dan aku pernah mahu putus asa, lari dan sembunyi.

dulu aku rasa malu sgt sebab pernah ada fikiran mcm tu. tapi bila fikir balik, kenapa aku perlu malu sedangkn ini lah perasaan natural seorang manusia. aku bukan robot ciptaan Amerika yg takpernah ada perasaan dan tak merasa apa apa. justeru, ini yg membuktikn aku sebagai manusia yg lemah, kerdil dan ada limit aku sendiri.

maka, aku cuba refleks balik diri aku dan cuba menilai. sejauh mana aku telah berusaha dgn mengikhlaskn hati sesungguhnya utk melakukn setiap kerja terutama kerja utk agama semata demi Dia? *senyum* walaupun perit, aku cuba senyum. walaupun sakit, aku cuba ketawa. sebab aku tahu, setiap satu pasti ada hikmahnya. sama ada nampak atau tersembunyi.

dan betul lah dgn satu pernyataan bahawasanya,
seseorang manusia itu akan belajar bertanggungjwb apabila dia diberi tanggungjwb. jadi, kalau nak belajar jd bertanggungjwb, jgn ngelat apabila diberi tanggungjwb. insyaAllah, setiap satu nya akan dilihat Allah. sebab, Allah melihat kpd usaha bukan pada hasil. nyata besar bedanya dari penglihatan manusia, kan?

semester ini aku rasa lelah sebab jadual yg pack dgn subjek yg tough2. aku mula disogok dgn tajuk tajuk fotografi, video-making, seni dlm pendidikan, dan muzik. tajuk yg sungguh tercabang jauh dari major aku tapi masih related. aku rasa down. campur pakej lengkap dgn elektif bahasa dipecah kpd tiga bahagian. aku terus rasa nak tersungkur mencium tanah. perfect.

inilah ujian yg Allah hadapkn kpd aku dan kwn2 khususnya utk semester ini. cuma doa dan tawakal sj boleh jadi ubat hati. kalau serabut, huraikn serabut dgn minta tolong Dia. dh tak ada tempat mana dh nk berpaling hadap muka pun. yg ada cuma Dia. yg akan layankn kita pun cuma Dia. sebab, Dia ialah Allah. Tuhan yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang.

aku harap aku dpt lalui semester ini dgn tabah, kuat, dan takcengeng. dan ah tertinggal pula, dgn senyum manis aku yg tak lekang haha. walaupun, aku sakit, walaupun aku rasa nak jatuh, walaupun aku ditampar, walaupun aku dilibas, walaupun aku ditujah, walaupun aku dihenyak, dan walaupun aku direjam dgn sejuta masalah masalah yg bakal mengulit aku seperti biasa. seperti biasa utk seorang yg bergelar manusia.

semoga Dia masih ada dgn aku sampai bila bila.



*senyum dan senyum*

Tiada ulasan: