Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

29 September 2010

benarkan aku

aku minta dikembalikan aku semula ke dunia aku
dunia yg tidak menyembunyikan aku dari manusia
dunia yg tidak mengheret aku terusan untuk berduka
yg apabila ombak menggulung, nama aku tidak pernah terpadam

dunia, tolong jangan meludah aku lagi

dunia, tolong jangan melumat aku mati
dunia, tolong jangan menghenyak aku pergi
dunia, tolong jangan meluka hati aku ini

aku minta sedikit masa sahaja

kalaupun cuma untuk sepurnama
biar aku berdiri di sebelah memerhati bunga cinta
antara manusia dan manusia dan antara manusia dan sang pencipta

dunia, tolong jangan ragut aku dan bawa aku lari

dunia, tolong jangan didengki aku yang tiada apa untuk diberi
dunia, tolong jangan berkejam menutup aku dari dikasihi
dunia, tolong jangan biar sang hipokrit merobek aku dengan belati

aku minta sedikit masa sahaja

kalaupun cuma untuk sepurnama
biar aku duduk di sebelah memerhati cahaya citra
antara manusia dan manusia dan antara manusia dengan sang pencipta


benarkan aku cuma menyaksi

kalau sungguh, aku tidak dibenar memiliki

06/08/2010

Tiada ulasan: