Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

29 September 2010

perempuan-perempuan

aku ada sebilangan perempuan-perempuan

yg aku sayang lebih dari takat biasa

yg nama mereka sudah termendap dlm doa aku

di hari hari biasa selepas solat

aku ada sebilangan perempuan-perempuan

yg dulu tersimpang kami jauh terpisah

aku di hujung jalan, dia di selekoh

yg aku pandang dari jauh dan mengkagum mereka

aku ada sebilangan perempuan-perempuan

yg kalau ditujah siapa dgn hina dan kesat

aku sanggup bersiap siaga mempertahan

dan kalau dilemparkan aku sebilah pedang

niscaya aku bingkas utk menusuk yg menhujam mereka mati

aku ada sebilangan perempuan-perempuan

yg dulu mereka diam diam di suatu sudut aman

dan aku mendongak melihat mereka dalam rasa damai tak bertepian

aku semat dalam dada

"aku perlu seiring dgn mereka"

"aku mahu jadi mereka"

aku ada sebilangan perempuan-perempuan

yg kalau dibelah dada aku, nama mereka ada di senarai atas paling disayang

tapi takdir dunia begitu zalim

mereka di bawa ombak menggila menjauh meninggal aku

di persisir pantai umpama pasir terlekat di kaki

dan mereka adalah kaki itu

tapaknya ada membekas di hati aku

dan aku masih setia menunggu

aku ada sebilangan perempuan perempuan

yg aku tadahkan tangan dgn air mata berlinang tanpa silu

dan kubiar ia laju tanpa diusap dgn belakang tangan

dan aku minta dgn berulang ulang kepada Tuhan

"Tuhan, kembalikan perempuan-perempuanku ke tempat mereka kembali.

Letakkan mereka di sebermula mereka ada.

Jangan dilupa mereka.

Jagalah mereka seperti dulu-dulu.

Pulangkan mereka kepada aku.

Pulangkan mereka kepada Kamu".

aku terus menunggu perempuan-perempuan ku dengan tangan tertadahkan selalu tanpa jemu.


01/09/2010

Tiada ulasan: