Duhai adinda remaja
Genggamlah tangan kekanda dan saudara
Kita bangkit dan bersemangat waja
Demi mengalungkan permata utk agama kita
Duhai adinda remaja
Usah dibazir masa emasmu
Usah disia-sia baki hayatmu
Yang mana ada kita guna
Pasak mengukuh benteng taqwa
Dalam usaha membumi kalimah Dia
Duhai adinda remaja
Masa kita sudah tidak lama
Dunia sudah sampai hujungnya
Apa guna kita menafi nyata
Dalam sekelip mata, maut bisa tiba
Justeru, sejauh mana takat kerja kita
Supaya kepala taklurut ke bawah saat ditanya Dia,
“kau berbuat kebaikkan apa di dunia sana?”
Duhai adinda remaja
Bangunlah dari lena fantasi
Kembalilah ke jalan dia
Kita sama-sama ingin bahagia
Kita sama-sama ingin syurga
Justeru, sejauh mana takat usaha kita
Dalam mendapat semua yg dipinta?
Duhai adinda remaja
Usah dicanang pada manusia
Usah didabik dada depan dunia
Kita bukan siapa-siapa
Cuma Tuhan yg nampak kita
Cuma Tuhan
Dan hanya dia yg kita perlu
Justeru, sejauh mana kita membukti janji
Dalam menggapai indahnya cinta Illahi?
Duhai adinda remaja
Tinggalkan semua hina
Jauhi semua nista
Buat apa menjadi manusia zalim
Yg mengurung dirinya dgn mungkar
Sedangkan kita manusia berhak
Menjadi yg lebih indah dan cantik
Semata-mata utk Dia
Semata-mata kerana cinta
Apalah guna dunia sementara
Yg cuma illusi
Kalau kita membazir masa di sini
Dan di negeri akhirat kita menyesal minta dikembali
Duhai adinda remaja
Syurga itu dipagari dgn kesusahan
Dan
Neraka itu dipagari dgn keseronokkan
Ayuh lah, berperit sikit
Demi realiti bahagia
Bangunlah dari mimpi indahmu
Kerana, masa kita sudah tidak lama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan