Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

06 Mei 2011

salamsayang




Assalamualaikum dan hai! Kelas dh habis, skrg study week. Lagi 2minggu nk exam baru free sedikit. Sedikit sj lah. Byk benda nak kena settle. Meeting, sports day, study, study, dan study. Asal study mengantuk ah mcm mana kan? Byk benda nk cerita tapi tak puase bak kata Usop Wilcha. Nk menaip pun rs tak hadap. Bak aku bagi point sj lah ya.

1. Mslh sosial di persekitaran aku makin meruncing. Nk buat buat taknmpk power spek aku tak ada la tinggi mana. Jadi apa aku buat? Setakat berada di tahap iman terendah la coward mcm aku ni duh. Nmpk, buat buat taknmpk. Sampai bila Ftn, sampai bila? Sampai bila Allah boleh tolerate dgn perkara mcm ni? Bala akan jatuh timpa atas kepala kau jugak duh.

2. Makin membenci diri. Literasi. Aku benci bila aku rs aku makin jauh dan makin jauh. Aku nk duduk diam diam di satu tempat di mana cuma pndgn Allah yg aku kisah. Aku takmahu patah hati kerana manusia, dan aku takmahu benci manusia dan aku takmahu end up aku benci diri aku sebab makin rs depresif dan pesimis. Mn hilangnya Ftn yg happy go lucky yg dicanang org yg dpt membawa kebahagian dlm hati setiap insan yg memandangannya Ya Allah panjang gila ayat aku. I miss the OLD me.

3. Aku rindu saat innocent aku dan kwn kwn. Saat berteman kerana cinta menyintai. Bukan kerana mahukn sesuatu sebagai pulangan. Aku benci hipokrasi. Aku benci. Mn saat itu Ya Allah? Adakah kerana dunia semakin akhir zaman, semua manusia berlumba lumba dgn kehidupan sendiri dan makna persahabatan cuma tinggal di laman laman sosial yg bersepah saat wish birthday yg diingatkan? Apa cuma itu? Kwn kini cuma kwn di list laman sosial. Di friendlist. Sayu.

4. Please la Ftn. Move on. Get over your past. Its not worth it to remember your past stories. Ambil cerita silam buat pengajaran. Bukan lekat di cerita silam dan terus sink makin dalam. Aku tak tipu. Aku masih kesat air mata yg turun tiba tiba di tgh malam saat memori lama terbayang. Lame me lame me. Wheres the Snow Queen in you huh Ftn? Adoi.

5. Aku benci bila aku lupa aku ada Dia. Aku benci bila aku berpaling merintih bukan pada Dia. Aku benci bila aku cuma ingat Dia saat sedih. Aku benci aku yg ini. Aku benci sisi gelap aku. Aku benci bila aku takhargai diri.

6. Aku minta Allah tetap jaga aku. Sampai bila bila. Sampai aku mati. Sampai aku jumpa Dia. Aku minta Allah takjijik dgn dosa dosa aku. Aku minta Allah takbenci aku. Kalaupun syurga bukan utk aku, aku taksanggup diberi neraka. *sedih*

7. Aku nk buat jadual study dh. Doa doakn aku istiqamah study dan semoga aku study dgn niat yg betul. Aku dh ambil games baru dgn kwn aku tehehehe. Aku org yg jenis study sambil main games. Pelik? Indeed. Pelik dgn aku agak sinonim mungkin tehehe. Semoga aku takmain games lebih dari aku belajar duh.

8. Aku nk work out. Makin lm aku cepat letih. Mungkin sebab aku manjakn diri sgt. Thyroid semakin dekat dgn aku kembali. Aku cepat letih dan sleepy. Kaki cepat kebas dan smlm urat kaki aku terseliuh sebab terlalu kebas. Thyroid please go away. Aku dh muak nk pergi follow up check up sakit. Semoga aku tabah dan semoga aku tidak mencaci penyakit yg Allah bagi tanda sygkn aku ini. Semoga.

9. Aku sudah nmpk dia. Entah apa cerita Allah utk aku. Dia tiba tiba hadir dari celah mana. Saat aku hampir rebah, dia hadir. Dia bisu dan aku kelu. Kami diam demi cerita Tuhan. Tiada siapa berhak tentukan. Maka, aku diam dan menjauh. Dan dia diam malah mendekat. Biarlah. Angin bayu berhak berhembus ke mana mana yg dia mahu. Dan dingin salju akan tiba apabila saatnya nanti. Haa ambil kamu ambil. Ayt metafora sebegini memang sj aku karang supaya kamu takfaham hahahahahaha okay aku tau lame hahaha

10. Bai. Salam sayang. Semoga kita bjumpa lagi masyarakat maya. Jgn benci aku tau. Jgn benci even dlm hati. Taksuka senyum. Kalau suka, sengih. Doa aku dlm diam okay?
Xoxo





With love,
Ftn.

Tiada ulasan: