Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

27 Jun 2011

entri serious tidak dibenarkan komen kerana saya malu.


Assalamualaikum. Salam hari Isnin. Lately, aura aku mcm kelabu kan. Mcm smgt down gitu. Biasa lah manusia, iman ada turun dan naiknya. Tapi aku selalu perasan yg bila mana aku dpt mental breakdown tahap tak ingat, Allah tak pernah lupa aku. waktu aku rs mcm sesak dan hampir lemas dan karam dlm lautan masalah, Allah tetap ingat aku. waktu aku rasa mcm nk gugur, takmahu pegang apa kerja pun, takmahu buat apa responsibility pun, hilang keyakinan diri nk berdakwah sebab rasa diri ni hina gila taklayak, rs mcm nk lari dan pencilkn diri sebab rs diri sendiri sj yg faham tentang mslh yg melanda, rs mcm why me? again why me? rs mcm ya Allah, letih gila hectic, rs mcm ya Allah, kenapa aku pilih nk jd cikgu ni kenapa tak jadi kerja biasa je mcm org gaji ke atau kerja kilang ke jual aiskrim yg tak memerlukan aku utk bsusah payah tahap tak ingat, tidur tak cukup, kerah otak fikir sampai kecut, nk hadap muka budak lagi, hadap pihak sekolah yg ahh entah suka kita ke tidak, nk buat teaching aids yg variasi multi-uses, nk guna interesting method lg kira kesimpulannya, jadi cikgu susah amat sampai pencen, byk kerja persatuan lagi, taip everytime, sakit belakang tak ingat, mata mcm makin rosak, nk buat kerja persatuan tak ada mood sebab tak ada idea, mn homesick lagi, fikir ms depan Ayah lagi, teringat rumah lagi, masalah usrah lagi, masalah sosial yg membelenggu remaja remaja ipg lagi, cerita karut Mak pasal perkahwinan yg jauh lagi nak pergi, desakan nenek dan ibu ibu saudara lagi, cerita karut Mak jadikan baby sister kita sebagai penyiasat pun serabut juga aahhhh pendek kata byk la masalah yg melanda. Sampai aku tak tahu mn satu nk fikir dan nak diselesaikan.

Tapi Allah tetap ingat aku. Allah beri peluang aku utk join Daurah, dpt masa singkat brbual dgn bekas kak Naqibah aku, dpt join program one fine day tadi, semua tu dh cukup utk boost-up tenaga aku dan ketuk aku dr lena yg tiba tiba. Hilang habis perasaan kabur dan semangat menurun aku utk teruskan tanggungjawab berdakwah yg wajib. Sebagai Muslim, ini lah tanggungjwb kita. Walaupun aku rs aku taklayak dan hina gila, patutnya aku tahu, aku PERLU berubah dan MENGUBAH. tak ada siapa yg boleh tolong kita UBAH diri melainkan kita sendiri. Dlm menegakkn kalimah Allah, perkara apa yg telah kita lakukan? tepuk dada, tanyalah iman. Dlm mengislahkn diri aku, aku nk juga mengislahkn org lain. Means, kita taknak masuk syurga seorang diri kan? Kita mesti nak, kwn kwn kita, adik2 kita, jiran kita, mak ayah kita, saudara mara kita masuk sekali syurga dgn kita. Tapi, apakah kita telah berusaha utk mencapai mtlmt itu? Telah Allah beri byk nikmat kpd kita, tapi kita dustakan.

cth paling best adalah aku. Sejauh mana aku lari, dlm hati memberontak dok ulang why me, saya bukan baik nk berdakwah dekat org, sedangkan Allah dan bentangkn aku jalan dkwh ini secara senangnya. Aku takmahu pergi program dgn pelbagai alasan, Allah bagi mcm mcm dekat aku. Bila mana aku down, tiba tiba pengisian program tentang ganjaran Allah. keadaan keadaan mcm ni buat aku rs terharu ya amat. Sedangkn seperti yg kita tahu, Allah tak memerlukan kita pun. Allah tak memerlukan aku pun. Aku yg memerlukan Allah. Kalau aku kata, saya taknak bawa dakwah, taknak taknak, Allah ada org yg lebih hebat dari aku. Jauh lebih hebat. Tapi ini tidak. Allah bentangkn jalan kebenaran dia utk aku. Senangnya. Melalui kakak-kakak, aku dilatih. Aku dibimbing. Aku dinasihati. Aku diberitahu ganjaran menjadi org yg baik. Aku diberitahu tentang cr menjadi baik. Melalui mereka. Dari Allah. Betapa Allah syg aku. Sehina hina aku, masih dikelih oleh Dia. Aku bukan baik mana. Amal pun kurang. Entah berapa sen sgt la aku di mata Allah. Tetap, Allah nmpk aku. Dia bagi aku peluang attend program2 Islamic meski aku attend dengan hati yg walang dan muka frown sebab hasrat nk tidur lebih di hari weekend gagal. Sebab hasrat nk main roller skating gagal. Sebab hasrat nk buat books-day-off gagal. Sedangkan, Allah beri peluang yg lumayan pd aku dr benda benda yg tidaklah mendtgkn manfaat sgt kepadaku sbenarnya.

Tak ada org yg sempurna. Dlm usaha kita brdkwh kepada org, kita belajar berubah. Aku cuba fhm itu. Walaupun aku kdg kdg lupa. kdg kdg aku rs mental breakdown sebab aku teringat silam jahiliah aku dan aku rs patah smgt. Byk je cbrn dtg, aku down. Ada je mslh dtg, aku down. Sampai trtunduk kepala. Aku fikir, apalah alasan aku depan Allah nanti kalau aku buat kerja dkwh tak betul. Org yg aku dkwhkn makin teruk. Benda benda ni menyebabkn aku stress dan rs nk lari. Kemudian aku ingak balik ayat yg aku dpt dari Akhi Andika di Tamrin Murabbi dulu, "Kenapa kamu runsing tentang dia mahu ikut nasihat kamu atau ngak? sedangkan soal hatinya cuma diketahui oleh Allah. Sesungguhnya, kerja kamu cuma brdakwah; yakni mengajak kepada perkara baik, dan melarang mereka melakukan perkara kejahatan." Akhi Andika org Indonesia muka pun dh ala ala pelakon sinetron pondok cinta eh apa ke nama sinetron tu aku tak ingat tehehe. Dgr je kata kata Akhi, aku terus rs nak nangis. Alahai hati... Lemahnya kau.

Ni la serba sedikit faktor faktor aura aku kelabu. Mungkin graf iman aku pd ketika ketika itu menurun ya amat. Skrg aku rs bsemangat sedikit utk terus berjalan dan berjalan di jalan dkwh ni. Sememangnya, jln dkwh adalah jln yg susah. Jalan yg pahit. Tak ada red carpet. Sebabnya, syurga itu manis. Maka, kena la kita berpahit pahit dahulu ye tak? Dan sesungguhnya, syurga itu dipagari dgn kesusahan dan neraka itu dipagari dgn keseronokkan.

Jadi, doakanlah semoga aku terus kekal berada di jalan yg lurus. Semoga aku terus yakin utk membw dakwah dan menyebarkannya. Semoga aku menjadi baik dan lebih baik dari hari yg dulu dulu. Semoga hati aku tidak dibolak balikkan. Semoga aku istiqamah. Semoga aku tidak riak dan takabur dgn tanggungjwb2 aku. Kalaupun, kdg kdg aku terjatuh dan tersimpang jauh dr jalan Dia, aku pohon Allah kembalikan aku semula dan tetap nmpk aku mcm skrg.

Aku akhiri tulisan agak jujur aku kali ini dgn dialog antara aku dgn Emak;

Aku; Mama, kenapa Mama beria ria hntr semua anak Mama ke sekolah Agama? kenapa tak bagi kami semua pergi SBP atau Sekolah Sains, atau sekolah elit? (adik aku dpt SBP&MRSM, aku dpt sek elit harian)

Mama; *diam dan termenung*. Sebab Mama nak semua anak Mama ada basic agama walaupun tak byk. Dan Mama percaya, kalau students sek agama ni tersimpang jauh, satu hari nanti dia akan kembali juga pd Allah sebab dia dh pernah hidup dalam environment Islamic.

Aku; *speechless dan mula ubah cr pemikiran aku tentang sekolah apa patut aku bagi utk anak aku*



Rs nak nangis. Perkataan kembali itu sgt mengharukan.





Aku tinggalkan kalian dgn my own quotation;

"Hidup ini bukan semata mata utk bersuka ria dan habis secara tiba tiba. Sebenarnya, kehidupan ini merupakan satu PERJUANGAN dalam PERJALANAN mencari TUHAN."


Tiada ulasan: