Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

04 September 2009

cinta si gadis

tubuh kecil
merengkok sedih
di sudut gelap
tepi tangga
bangunan usang
kusam-kusam

aku dekatinya
dengan pertanyaan
kenapa syg?
ada air jernih
di bwh mata
perlahan-perlahan turun
berdetik-detik

engkau mengesat
dgn hujung baju
tunduk
diam sebatu
geleng-geleng
tak mahu buka pintu

hey, dgr sini?
aku bertanya
serasa air mata engkau
merobek jiwa
beritahulah
beritahulan syg

tunduk
geleng-geleng
aku malu.
malu pd kamu.
sudah jgn tanya

hey, beritahulah!
aku caring
aku tunduk
geleng-geleng

dengar sini,
cinta itu buta
cinta itu membutakan
aku buta krn cinta

hey, tidak!
aku tidak setuju
aku juga cinta
aku juga dicinta
tidak buta pun.

dia tunduk
geleng-geleng
kesat lagi air jernih

sudahlah!
aku sudah tidak percaya pd cinta
cis! mengada-ngada
geli aku dengar!

kenapa?
aku suka cinta
rasa cinta menyuburkan
cinta mendewasakan
cinta mendamaikan
cinta mendebarkan

engkau kenapa?
bicara seperti org kecewa?
tolong bicara pd aku
hilang rs sangsi dan kelabu

aku...aku...
aku sudah tiada apa...
tunduk
geleng-geleng

tiada apa, apa?

tunduk
tiada cinta berharga
sudah hilang, musnah semua
kau tahu?
pasal cinta itu.
cinta bodoh!

aku senyum sikit
oh. aduhai
oh.alahai
cinta itu
cinta yg engkau canang-canang pd dunia
yg kau khabar-khabar pd semua
cinta sampai mati
cinta yg abadi

hey, engkau!
engkau tersilap
salah bercatur

tunduk
angguk-angguk
kesat lagi

itu memang
cinta bodoh
dan membodohkan
bahkan
rugi
engkau hilang semua

eh, dengar ini
nasihat sikit
dari insan hina

cinta Tuhan itu lebih Agung
lebih layak
lebih pantas
engkau jgn mencinta lagi
belum masanya
nanti bahkan kau bkl hilang manisnya

prinsip aku, 'no love before akad'
kau tahu?
aku hrp, berkekalan begitu
doakan
aku manusia itu
ada sifat baharu
yg entah-entah
takut-takut
bakal berlaku pdku
nauzibillah! tak mahu melanggar prinsip
minta dijauhkan

ya
aku setuju
aku doakan
aku sudah merasa
tapi aku janji
aku mahu bangkit
dari mimpi ngeri derita
bangkit berdiri
nanti berlari
kejar dunia sana
pegang dunia sini

okey?
okey. *senyum*
bersabar
setiap yg terjadi, berlaku krn ada hikmahnya

engkau mengajar aku
utk kekal teguh
eh, terima kasih

engkau tabahlah
sudah-sudah merengkuk di sini
bangunan usang berbahaya
sudahlah kusam-kusam

mari pergi. *menarik tangan pergi*

Tiada ulasan: