Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

16 April 2010

Ayah

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
sebab, aku permata pertama yg lahir dari cinta dia dengan orang pertama yang dia cinta

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
waktu izzati dengki dengan aku yang punya warna Luna, tapi dia tidak ada
izzati rebut dari tangan aku dan bawa lari pusing satu rumah
aku menangis dan mengejar tapi tidak dapat
Ayah datang tanpa bertanya lalu menampar izzati dan memarahi dia
sebenarnya, izzati yang paling kesian dan paling perlu disimpati
aku di usia dia, sudah punya segala
tetapi dia tidak ada apa
lagipun,
dia cuma mahu pinjam tetapi aku kedekut
setelah izzati ditampar baru aku rasa belas dan sedar, 'oh, dia tidak ada warna Luna, kesiannya'
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
aku yg terlalu nakal mencari nahas dengan mempergunakan nama izzati
sebab aku sahaja suka suka tanpa apa apa matlamat sebenarnya
aku suruh izzati bagi bunga pada dia nama yg dirahsiakan
kemudian aku lari lari anak pada Ayah dan bilang, 'Ayah, izzati gatal'.
Ayah, tanpa usul periksa kerana terlalu percaya pada aku, terus menampar izzati
sekali lagi, selepas izzati menangis, aku rasa belas
izzati, aku minta maaf. aku tidak sengaja. HAHAHA :)
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
waktu Ayah pergi kursus jauh dari rumah
aku yang tegap ini secara tiba tiba menelefon Ayah sambil memintal kain pelekat kotak2nya
dengan air mata bercucuran aku bertanya,
'Ayah, cepatlah balik.' Ayah tanya, 'kenapa, Along rindu Ayah ke?'.
Aku jawab dengan gagah, 'bukan Along. mestilah mama'. Along mana pernah rindu Ayah'.
Ayah ketawa berdekah dekah
waktu itu, aku sudah masuk lapan tahun.
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
Ayah mahu pergi menangkap ikan laga warna warni di lubuk depan rumah
tetapi Ayah pesan pada aku, duduk di rumah dan jangan ikut
Ayah cuma bawa izzati
tapi, seperti biasa, aku dengki
dan aku pantang dengar perkataan jangan, HAHA :))
jadi, selepas lima belas minit Ayah pergi
aku usung satu barisan berderat deret
terkandung adik adik aku, Baqi si sepupu, dan seorang anak jiran
aku bawa mereka secara gagah tanpa sekelumit rasa takut
dan betapa bodohnya aku kerana tidak menghiraukan larangan Ayah


setiba sahaja aku di lubuk depan rumah, aku yang terbukti bodoh, melaung memanggil nama Ayah
yang sedang terbongkok2 menangkap ikan dengan izzati;
'Ayah! along nak tangkap ikan jugak!'.
dari kejauhan, aku nampak Ayah mengetap bibir menahan amarah
lagi marah apabila Ayah terlihat ada satu barisan askar2 kecil di belakang aku
secara tiba2, Ayah berjalan ke arah aku dengan cepat
dan aku pula mengundur ke belakang dengan tepat


dalam hati, aku cuma ingat mati. mati. mati.
aku nampak ada petanda buruk
Ayah menengking aku dan menyuruh aku pulang ke rumah semerta dgn kata2, 'tunggu sekejap lagi'
aku berdebar dan menunggu dengan sabar sambil bingung memikir, kenapa aku tidak boleh ikut serta
akhirnya, Ayah tiba dan memanggil askar2 aku dan aku berbaris menadah tangan
untuk dihadiakan dua tiga urat rotan panjang miliknya dia yang kadang2 sahaja diguna
dengan tanpa air mata berlinang, aku tanya Ayah
kenapa Ayah perlu rotan aku
aku pun nak ikut juga
Ayah senyap dan pergi
setelah lama berfikir, baru aku tahu
lubuk di depan rumah, letaknya bersebelah di jalan besar, bahaya
lubuk di depan rumah, banyaknya lintah lembu yang besarnya tahap petala
izzati kata, tidak seronok langsung menjadi babu Ayah ikut sekali pergi
nasib aku tidak pergi. kan. HAHA :))
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
ketika aku menegur Ayah tentang sesuatu
Ayah tiba2 naik radang
kerana mungkin method aku yang salah
waktu itu, aku baru masuk sebelas tahun
Ayah memarahi aku tanpa henti dan menyuruh aku jangan menyibuk2 halnya dia
aku dengan tanpa air mata berlinang
senyap dan buat tidak peduli
akhirnya, Ayah sejuk sendiri dan sedar salah diri
Ayah masakkan aku ayam goreng dan sambal ikan lazat pada hari itu
itulah perbuatan cliche Ayah untuk memujuk aku adik adik
tetapi semenjak hari itu
aku berazam dalam hati
aku akan doa kepada Allah hari hari
minta Allah lembutkan hati Ayah dan beri petunjuk pada dia tanpa henti-henti
untuk terus mencintai Allah dengan sejati
akhirnya, Allah kabulkan doa aku pada lewat kebelakangan tiga tahun ini
terima kasih Allah
Ayah sudah tenggelam dalam cintaMu walau tidak sedalam mana
tetapi aku bersyukur, usaha aku mendapat perhatiannya Dia.
sehingga hari ini, Ayah tidak pernah tahu, doa adalah rahsia dan senjata aku.
rahsia.
tetapi itulah,
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
Ayah kenal aku begitu jauh
Ayah tahu bahawa aku ini Sahara;
yg nampak kebal di luaran walau apa jua hatta
sebenarnya, tanpa Ayah sedar, aku ini sepersis dia dalam versi perempuan
yang keras dan dingin tanpa rasa
tapi punya sejemput cinta yang terlindung di balik kabut *senyum*
Ayah kata,
'along waktu baby, dah habis minum susu, baling botol susu dan
gerak jauh2 dari Ayah dan mama, tidak mahu dipeluk'.
'dari kecil, sampai besar mesti hendak duduk jauh2 dari Ayah dan mama'.
sebenarnya, aku tidak suka dimanja. nah, dari kecil terbukti
bukan bermakna kerana hati aku mati
tetapi natural aku terlihatnya gagah
sebenarnya, aku adalah persis Ayah
Ayah pun macam tu. *senyum*
tetapi kenyataannya, aku juga ada perasaan. cuma ianya tidak tertunjukkan.
sama dengan Ayah. persis. sebab itu, Ayah tidak kisah. *senyum*
tetapi itulah,
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
waktu aku baru menempuh masuk umur remaja
aku baru masuk empat belas tahun ketika itu
aku yang jarang berkecil hati, terkilan dengan mama
kerana permintaan kecil aku untuk membeli kasut baru lagi tidak dipenuhi. *senyum*
aku diam pada hujung bicara dengan mama,
dan secara diam2, aku meletak gagang kerana terlalu terkilan sehingga tidak boleh berbicara
pada hujung minggu itu juga
Ayah datang seorang diri lengkap dengan uniform kerja
membawa sebungkus nasi untuk aku
dengan suara perlahan Ayah berbicara, 'apa yang Along buat dengan mama?'.
aku diam tunduk menguis kaki dan menjawab, 'along tak buat apa2. takpernah buat apa2'.
Ayah kata lagi, 'mama merajuk dgn along. mama kata, 'cuba tanya along, apa yg dia buat dgn saya'.
aku diam tidak menjawab.
'along letak telefon tanpa bagi salam dekat mama kan. kan tidak baik mcm tu. kalau along nak kasut, jom Ayah bawa along beli kasut. tapi along kena telefon mama, dan minta maaf dgn mama. sebab mama kata, mama tak akan datang melawat along lagi dan mama kata tak payah la balik rumah nanti kalau macam ni juga'
mama, memang orangnya yang kurang kata kata tetapi tegas dalam tindaknya.
aku terdiam dan mengangguk perlahan
sekali kali Ayah tidak menengking aku seperti kebiasaannya
sekali kali tidak pernah
Ayah beri duit kepada aku dan menyuruh aku membeli kasut selepas itu
ahh,
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku ingat lagi
dulu,
waktu itu aku baru masuk enam belas
aku saja saja menarik rambut Aina dengan tujuan suka suka
Aina menjerit dan memaki aku
tiba tiba Ayah datang dan menampar pipi aku tanpa segan silu
aku dengan tanpa air mata berlinang cuma terdiam dan terkedu
telah lama aku tidak penampar Ayah
tetapi, yang paling kelakarnya,
Ayah beritahu mama,
'saya hairan dgn along tu. air mata tak keluar langsung. degilnya. dia faham ke tak apa org buat?'
selepas itu, sekali lagi, Ayah masak ayam goreng dgn sambal ikan pada hari itu
sebenarnya, bukan aku tidak mahu menangis. cuma air mata saja yang tidak mahu keluar.
aku sepersis Ayah dalam versi perempuan
entah Ayah sedar atau tidak.
HAHA :))
tetapi itulah
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
satu sahaja rahsia aku yang entah Ayah tahu atau tidak
air mata aku harganya murah, sebenarnya
air mata aku tidak mahal apabila wajah Ayah dan mama terbayang di ingatan
dan air mata aku tidak mahal apabila aku teringat pada segala jasa dan pengorbanan mereka pada aku
ini rahsia.
tetapi, pada tahun dua ribu sembilan di program kbm di kedah
fasi nya berjaya menggoda aku untuk menulis surat kepada Ayah dan mama
tentang betapa aku menghargai kedua-duanya
selama aku besar dan dewasa
dan surat itu akan mereka hantar kepada Ayah dan mama
aku menulis dengan perasaan yang terpaling jujur pernah aku ada
dengan air mata berlinang
aku mengimbau segala jerit perih Ayah dan mama membesar dan mendidik aku yang entah apa apa ini
betapa aku tidak pernah bersyukur kepada Tuhan atas kurnianya Dia memberi mereka dalam hidup aku
sambil menulis, aku mengelap air mata yang berlinang
aku tulis tentang perasaan cinta aku kepada Ayah yang selama ini terlindung
aku ucap terima kasih kepada dia untuk tiga puluh tahun mencari rezeki tanpa merungut sepatah
aku ucap terima kasih atas semua makanan yang dia masak dan suap kepada aku
selama aku hidup di dunia
aku ucap terima kasih pada Ayah yang menghantar aku ke sekolah dengan motor kapcainya dan menghantar aku ke kelas tuisyen sejak aku berusia lapan tahun
semata mata demi aku menjadi pandai dan terbilang
aku minta maaf pada Ayah tentang dosa dosa aku selama ini
tentang dosa aku yang sentiasa mahukan Ayah menjadi yang terpaling hebat
sedang Ayah sudah cuba termampu mungkin menjadi yang hampir sempurna
aku luahkan segala apa rasa aku yang selama ini tersimpan dalam kelam
tidak terlihat oleh Ayah yang menyangka aku ini Sahara
apabila pulang ke rumah pada minggu hadapannya,
aku tiba tiba jadi malu untuk berhadapan dgn Ayah
aku bertanya Ayah tentang ketibaan sepucuk surat untuk Ayah
Ayah menggeleng kepala dan berkata bahawa dia tidak menerima apa apa
sedang Ayah org lain yang rumahnya jauh berkilometer dari tempat program sudah menerima
mustahil Ayah tidak
aku tahu. Ayah sedang menjaga air muka aku, si Sahara.
HAHA :))
sebab, aku nampak sesuatu di tubir matanya
ada rasa lega dan terharu
itu sudah cukup, Ayah.
Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
aku sudah habis kata kata untuk dikongsi dengan semua
tentang Ayah dan tentang apa yang aku rasa
satu perkongsian tentang rahsia rasa aku;
si Sahara, kononnya.

walau siapa pun aku,
Ayah tetap cinta aku
walau siapa pun Ayah,
aku tetap cinta Ayah

Ayah terlalu baik pada aku
Ayah terlalu sayang akan aku
terbukti.

selamat hari lahir yang ke lima puluh dua, Ayah.


3 ulasan:

anis najwan nazri berkata...

aq simpati kat izzati..
apepon, ayah ang masak mmg best..

Hzwan Hammad berkata...

ish power gila la hg karang ayt2 ni..awt hg x ambk mascom ja pas 2 krja jd penulis..hehe

ftn berkata...

taklah. biasa2 saja. hoho. minat sj. passion aku byk ke arah mengajar. :D