pendek kata, situasi sebenar yg aku nak bawa adalah, kita selalu nampak salah org tapi kita terbuta pada salah sendiri. nauzubillah kan. betapa ini merupakan satu peringatan terbesar utk para dai'e sebenarnya supaya ingat dan simpan dalam hati kalau takut terlupa , ambil pen kilometrico dan tulis di sticky note dan pelekat di soft board tambah lagi dengan thumbnail takut sticky note tak melekat, tentang; "jgn lupa dengan diri sendiri" dan bab yg "jgn bersikap ujub (bangga diri) utk merasakan kita yg terpaling hebat tiada tara dan tiada bandingannya kerana kita pakai tudung wardina berbanding org2 free hair sebab mereka tidak pakai tudung maka mereka tentulah teruk dan akhlaknya pun buruk". nauzubillah.
tahukah kita bagaimana pengakhiran kita sendiri di hujung2 usia nanti? tahukah kita bila kita akan mati? bolehkah kamu jamin aku yg kamu akan mati dalam keadaan husnul khatimah dan org yg tidak pakai tudung tu kalau mati, nanti tak masuk syurga? macam tu? sebenarnya kwn, kita tidak layak langsung untuk menghukum siapa siapa dan kita tidak ada hak langsung utk berkata bahawa kwn ni masuk syurga sebab dia baik blablabla dan bahawa kwn ni masuk neraka sebab dia jahat, dia rompak bank dulu dulu, blablabla. tahukah kamu kisah seorang pelacur yg diterima masuk ke syurga Allah kerana memberi minum kepada binatang yg haram kita sentuh pun, maka?
tahukah kamu akan kisah seorang hamba Allah di zaman Nabi Musa yang tidak pernah melakukan amal ibadah langsung tetapi rohnya diterima Allah dan di beri izin olehNya utk masuk syurga semata mata kerana pada saat dia bertarung nyawa pada sakaratulmaut dia sedar, lantas berdoa meminta dgn Allah supaya dikesiankan dia yg jahat ini, kerana dia tidak sanggup untuk merasa bahang dipanggang di neraka panas walaupun dia tahu dia jahat. tahukah kamu?
sekejap. ambil nafas segar, dan hembus secara perlahan-lahan. jgn salah faham. aku kongsi tentang perkara ini bukan sengaja sengaja dgn ada tujuan udang di sebalik batu utk kamu kamu menghalalkan yg haram. haram tetap haram. apa yg Allah suruh, kita buat. apa yg Allah larang, kita jgn buat. itu saja. sungguhlah, Islam memang agama yg mudah. mcm kata Bro Lim, seorang mualaf yg memeluk Islam kerana menemui kebenaran setelah mengkaji perbandingan agama-agama di dunia dlm satu talknya bahawa, mudahnya Islam perlu dilihat pada dua sumber yang Allah berikan pada kita, iaitu 1) Al-Quran dan 2) Al-Sunnah. lihat Al Baqarah:185 dan ayat 286. haa, ni task korang utk minggu ini. cari, baca dan hayati. okay faham tak? dapat tak?
kali ini, ambil nafas panjang dan hembus perlahan-lahan. sekalipun kamu ada ilmu lengkap di dada, di otak sekalipun, ingat, tidak ada manusia yg sempurna kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah. janganlah nak takbur takbur. janganlah nak riak riak. kita tak tahu bahagian kita. lagilah taktahu bahagian org. dan kalau taktahu sesuatu, jgn nak buat buat tahu. jgn pula nak cepat menghukum org.
ingatlah ya, ingat, bahawasanya, kita melakukan amal ibadah semua semua perkara mahmudah ini, sebenar2nya perlulah bertujuan demi utk dapat redha Allah. bukan semata mata hendakkan pahala dan syurga. di sinilah kita dapat lihat tingkat iman seseorang. aku petik kata-kata Rabiatul Adawiyah, si sufi yang tawadhuk, yang bunyinya lebih kurang begini "aku tidak kisah kalau sekalipun Allah meletakkan aku di neraka, kalau begitulah yg Allah redha kepadaku". maksud mudahnya, kalaupun Allah hendak meletakkan dia di neraka pun tak apa, pun tak apa, asalkan Allah redha kepada dia.
malu kan? hebat sungguh tahap kecintaan Rabiatul Adawiyah kepada Allah. insyaAllah, kita boleh cuba utk buat yg terbaik utk jadi macam Rabiatul Adawiyah, sekurang-kurangnya. Allah lihat usaha, bukan pada hasil. tak mcm manusia kan. poin nya adalah, sama ada kita hendak atau tak hendak. tu saja.
sekali lagi, suka aku mengingatkan diri aku dan diri org lain amnya, bawasanya, jgnlah kita lupa pd tangan kita sendiri yg busuk sedang tangan org lain pula kita sibuk baukan. jgn tertipu dgn cermin mistik yg membalik rupa kita menunjukkn bahawasanya kita terpaling cantik dan paling sempurna tanpa cacat cela sedang org lain hodoh hodoh belaka di mata kita. nauzubillah. doa dan minta Allah, jauhkan ujian istidraj buat kita kita ini.
aku akhiri entri kali ini dengan satu dialog kelakar di mana semua org dibenarkan utk senyum sungging dan kemudiannya diminta untuk berfikir secara kritis dan kreatif. boleh kan, kan, kan?
JOYAH: "zaiton, tak baik tau mengumpat org. mengumpat kan berdosa".
ZAITON: "alah joyah, jgn nak bising2. sekurang kurangnya, aku pakai tudung. labuh lagi okay. kau? dhla takpakai tudung. ada hati nak nasihat2 aku. hah".
kelakar tak?
bagi aku, ini, sejuta kali kelakar. aku ketawa dan kemudian mengelap air mata sambil menggeleng-geleng kepala.
*entri ini untuk aku, dan ya, ya untuk kamu juga. mari, kongsi*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan