Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

30 Mei 2010

cermin mistik

Di pedalaman jauh, ada sebuah cermin mistik
Terpahat lekat tak jatuh di dinding konkrit
Bersadur emas sulam warna kelabu antik
Jauh terletak di hujung ruang antara sempit

Pada suatu ketika, datangnya seorang puteri cantik

Wajah persis bidadari dan budi bahasa ibarat emas
Tutur bicara tersimpan mesra jauh sekali dipakai untuk mengherdik
Tidak ada yang upaya yang busuk datang melemas ia rimas

Puteri cantik memang menawan

Sebenarnya di luaran permukaan ada di jauh
Puteri cantik memang rupawan
Sebenarnya di luaran dalaman tersimpan lebuh

Hari-hari puteri cantik menilik wajah di cermin mistik

Betapa ajaib tidak terjangka cermin ini membalik wajah rupa org lain
Di mata puteri cantik dia yang paling hebat tiada tara himpit
Barang siapa di mata dia pasti buruk buruk belaka, sedang hakikatnya dia dipermain

Ya Allah, apakah yg sedang melanda puteri cantik haruman mawar

Yang dulu disanjung dijulang hormat kerana akhlak istimewa menyapa
Ya Allah, semakin lama kau hilangkan cahaya mahkotanya dan lalu semakin pudar
Kau beri istidraj menutup kedua dua matanya sehingga dia buta tidak nampak dia

Puteri cantik sebenar sahabat dunia akhirat patik

Sekalipun di mana mana dia ada kurang, minta patik jangan ia diherdik
Ini mungkin sungguh ujian dia buat kita ambil jadi pengajaran dan simpan
Supaya kita tidak disihir dan ditipu selama lama oleh cermin antik mengumpan

Tiada ulasan: