Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

31 Mei 2010

jawapan Tuhan

Tuhan memang tidak pernah menginggalkn aku walau sekali
saat aku merasa seperti terpinggir disisih kerana dosa membaluti diri
aku cuba menjauh dan jauh sehingga hati rasa seperti mati
kerana aku sudah tiada upaya dan daya utk mengangkat muka dan mendongak lagi

lewat semalam dalam keadaan hati yg tidak tenang

pada saat sejuta dan ribuan dugaan yg Tuhan damparkan
aku merasa rapuh dalam jiwa lebuh yang separuhnya sudah terbang
ku gagahkn diri menyuci dgn wudhuk dan aku berazam utk tunduk menyujud pada Dia minta dibantukan

aku menangis dalam doa dgn bahu terenjut tidak mampu ditahan lagi

aku buang semua rasa egoistik dan aku hamburkan berjuta pertanyaan pada Dia
dengan harapan, minta dijawapkn supaya aku dapat menyambung semula semua kekuatan dlm diri
aku minta tanpa rasa malu dan segan dgn kata kata yang aku sendiri tidak menyangka akan ku suara

Tuhan menjawab pertanyaan aku tentang mati dan kehidupan selepasnya

Tuhan menjawab pertanyaan aku tentang mengapa kita mesti mati
Tuhan menjawab pertanyaan aku tentang perlukah aku menuruti pada setiap suruhanNya
Tuhan menjawab pertanyaan aku tentang balasan dan ganjaran orang yang mengikuti

Dia menjawab aku dengan membuka hati aku utk melewati Al-Kahfi

Dia menjawab aku dengan mendorong hati aku utk mencerna Al-Mulk
pada setiap dua surah yg telah lama aku tahu sejak di bangku sekolah lagi
namun yg pada setiap dua nya, jarang sekali maknanya aku hayati dan peluk

Tuhan katakn di dalam Al-Kahfi

"Katakanlah Muhammad, 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"
Iaitu orang yang sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkn mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya
Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan tidak percaya terhadap pertemuan denganNya (hari kiamat). Maka sia-sia amal mereka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap amal mereka pada hari kiamat.

Tuhan jawab pada aku lagi di dalam Al-Kahfi

"Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal,
mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana".

Tuhan hilangkan buntu aku dengan Al-Mulk, pada;

"Mahasuci Allah yang Menguasai segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun".

dan, Tuhan akhiri pertanyaan aku di Al-Mulk dengan satu soalan,

"Katakanlah Muhammad,'Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"


ini jawapan Tuhan pada setiap pertanyaan aku yang buntu

Tuhan memang tidak pernah meninggalkan aku
tidak akan pernah
aku yang selalu meninggalkan Dia
selalu

terima kasih Tuhan

aku akhirnya mengelap air mata dgn hujung telekung
dan kemudian tersenyum puas
setelah menemukan ketenangan dalam episod pencarian

terima kasih Tuhan

tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

Tiada ulasan: