Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

31 Mei 2010

rahasia malam

Pada setiap satu bintang
Yang ada mendakap tubuh langit hitam pekat
Aku terhipnotis oleh malam sepi dingin
Yang membawa pergi satu rahasia cinta tersimpan sepi

Aku setia korban barang apa disuka

Demi sudah terlihat pada nilaiannya adalah dosa
Jadi aku berhenti menggapai fantasi neraka
Demi sudah terliur pada satu nikmat syurga selama

Ahh. Jangan kata senang

Sebab, aku sudah banyak kali mahu fikir tentang undur
Ahh. Jangan kata mudah
Sebab, aku sudah banyak kali mahu fikir tentang gugur

Cuma, aku cuba dan terus cuba

Dan, aku mula belajar erti tentang tidak peduli
Pada barangsiapa yg menghalang engkau berbuat benda-benda baik
Dan, aku mula belajar erti tentang buat tidak reti
Pada barangsiapa yg bilang engkau cuba hipokrit diri demi dipuji

Sebab, hatta kata-kata itu berkudis sampai hati jadi nanah

Yang menambah menolak markah aku adalah Dia

Jadi, malam

Pergi terus dengan beku
Berlalu tiba-tiba persis
Dengan angin nyaman masih membuai
Simpanlah rahasia kita
Di tempat paling kelam tidak terlihat
Sehingga tiba satu masa
Apabila suria benar-benar muncul pada saat pagi menjelma
Maka, kelam itu sudah tidak lagi perlu untukku.



:)


semoga aku tetap utuh percaya pada janji Dia, Allah.

doakan aku ya.


Tiada ulasan: