Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

08 Mei 2010

Puan Mama


Mama, utk semuanya terima kasih. semuanya maksud dia luas sgt dan besar. taktau dh nk gmbrkn besar mana. sebab terlalu besar sampai tak nmpk dan tak terperasan.

Mama, izinkan along mulakn dgn kata kata terima kasih. walaupun terima kasih di sini tidak lah dpt menggmbrkn betapa terima kasihnya along utk semua perkara yg telah Mama buat, along tetap nak terima kasih. seadanya Ma. seadanya.

walaupun Mama tak bc belog busuk along ni, tapi mana tau, satu hari nanti along dh tak ada, Mama akan tau, your eldest daughter yg sekejap ada diari tapi sebenarnya tidak ada diari ni, ada juga ruang escapism dia tersendiri. jadi Mama boleh browse belog ni, baca belog ni dan hopefully waktu tu, Mama akan rasa dekat dengan along. dekat sgt.

along tinggalkan url 'orang biasa' di fesbuk along Ma. eh kenapa la aku masuk mode sedih pulak dh. haih salah mode.

satu, dua, tiga.

ini utk ucapan terima kasih along pada Mama. Mama, terima kasih utk:

1) melahirkn along setelah bertarung nyawa eh ke bersabung nyawa eh konpius selama 24 jam. along tau. along baca diari mengandung dan beranak mama yg cover depan dia warna pink ada love love warna putih tu. sorry mama. jgn ambil hati. u know, curiosity kills the cat. paling along suka, mama tulis umur 2tahun:nur fatin dh boleh baca al-fatihah lengkap. haih betul ke Ma? wauu. cerdik jg along hahahahaha.

2) mendidik along sampai along boleh jadi pendidik. mama ajar along membaca waktu along umur 5 tahun lebih sampai along nangis nangis sebab mama piap rotan dua tiga kali libas sebab along lembab sebab along nak main anak patung kertas sebab along malas. tapi, mama dh dpt hasilnya bila naik darjah satu sepanjang tahun, along mesti dpt nombor bagus dlm exam dan mama lagi bangga bila along darjah dua ke tiga entah, along dpt terbaik dlm subjek English kat tuisyen Elite yg majoriti students kat situ Chinese dan anak anak rich people.

tak sia sia usaha Mama hantar along Apollo waktu rehat sebab kantin Elite taktahu jual makanan halal ke tak. terima kasih Ma. pastu along malas dh nak pi tuisyen Elite sejak sejak along tau along pandai dh English waktu tu pastuh along pun suh Mama berhentikn along pastuh along pi tuisyen kampong sj. dak aih. lwk sj. waktu tu 1998, zaman gawat. jadi Mama pun suh berhenti. aku lg la nak berhenti. senak weh hari hari makan Apollo. hmmphh.

3) terima kasih utk tak marah along sebab asyik pakai buang tudung sampai la along betul betul pakai tudung waktu darjah enam. terima kasih sgt sebab tak marah along waktu along buang tudung waktu along darjah lima masa camping pengakap sebab semata mata nak menang game siapa paling panjang, jd along buang la tudung pastuh sambung dgn barang org lain sampaikn your non Muslim work-mate pergi mengadu dgn Mama pasal tu. hairan betul.

dan lepas kena marah dgn cikgu Nurul, along terus takut dan diam. on the way balik ke rumah jalan kaki selepas sekolah sebab Ayah tak boleh datang ambil sebab kerja, I told U the whole story about it and U surprised me. Mama tak sebut langsung hal tu dan blwerrkk si pengadu. hmpphh. I was only eleven at that time ohkay. hmpphh

4) utk tak pernah hampakn apa apa permintaan along. along tau, dlm byk byk anak perempuan yg Mama ada, am the special one for u for am your first daughter dan along seiras mama okay cuma pada wajah sebab apa yg Mama capable dan terer buat semua along tak boleh buat dan org kata anak perempuan yg ikut muka emak ni degil haah mungkin kita kena setuju dgn statement ini kan Ma tskkk tskkk

walaupun along dh ada 3pasang kasut, Mama akan tetap belikan kalau along buat buat sedih dan sayu hati. walaupun along dh ada tudung wardina warna warni Mama tetap beli kalau along buat buat puji tudung org lain lagi lawa dr tudung along tsskk tskk. walaupun alya tak ada kasut, Mama tetap tak akan beli kat dia sampai la kasut dia benar benar uzur. kesian hang alya. tak kan tak tau, Mama sayang aku lebih woot woot :)

5) terima kasih kerana tetap percaya dan menerima along seadanya. along tau, along ni anak yg paling Mama senang jaga waktu kecik tapi yg paling susah Mama jaga bila dh besar. Mama percaya pada along walau apa cerita tak menawan yg Mama dengar. Mama tetap terima along seadanya walaupun along tak pandai buat apa pun except pandai mengemas, pandai cuci toilet, pandai lipat baju eh byk la pulak pandai along eh.

mama, along minta maaf utk;

1) segala perbuatan dan tutur kata along yg menyakitkan hati mama. along minta maaf. along kn kurang cerdik.

2) sebab along benci masak. mama mesti sakit hati sebab kalau mama suruh along masak, along pura pura sakit perut, pura pura mengantuk, pura pura demam takpun along buat buat sibuk buat assignments. along tak mcm Mama dgn ayah. along benci masak erm bukan lah benci tapi masak masak bukanlah passion along yg sejati walaupun along suka main masak masak. along ingat lagi, first time paksaan Mama suruh along masak berjaya adalah waktu along darjah lima. masa tu Mama demam dan ayah tak ada.

along pun masak nasi guna rice cooker. taksmpai 15minit, rice cooker bunyi tanda nasi dh masak. along pun panggil Mama makan. Mama hairan. Mama buka rice cooker dan ketawa berdekah dekah lepas tu. sebab rupa rupanya, along masak nasi lupa letak air. adoi adoi. dan pertama kali along masak yg dpt pujian dr Mama adalah bila along masak ikan masak asam waktu Mama lepas operation along teruja sgt dpt pujian Mama sebab along tau memang sedap pun tsk tskkk :D

3) utk saat saat rebel along. along tau, along anak yg paling payah Mama nak jg sebab along degil dlm senyap. waktu nak masuk umur remaja remaja dulu lah along yg paling byk rebel sekali berbanding yg lain. along nak itu dan along nak ini. kalau Mama tak ikut along sentap sorang sorang dan menjadi bertambah pendiam. minta maaf utk saat yg Mama terkecil hati dgn along. minta maaf. am trying my best to be the best daughter for u tho am not the best. tp, i know, skrg Mama dh nmpk senang hati dgn along sebab along menurut sj apa kata Mama dgn bunyi paling minima.

along tau, Mama nampak perubahan along yg along sendiri rasa. along rs along mula berubah utk jadi air selepas along tgk Mama sakit utk dibedah buang cyst. Mama yg jarang meraung, meraung raung sakit selepas bedah tapi bila along bacakn yassin utk Mama sambil usap tangan Mama, Mama senyap dan mengangguk-anggukn kepala. Mama suruh along yg bacakn yassin utk Mama. how u love me so much. along tahu. along yg paling disayangi. sebab tu along jd spoil brat hehehehe :')

4) along minta maaf atas semua perasaan yg pernah along ada konon2 hendak emak yg terpaling sempurna dan baik sedangkn Mama dh cuba jadi yg terbaik utk along. along yg selalu lupa jasa dan pengorbanan Mama. along selalu fikir along tersisih sebab along eldest. along selalu rs kurang disayangi sedangkn along yang cold-hearted. along teruk along tau. tapi skrg along dh tak layan perasaan bodoh yg bukan bukan tu sebab along sedar, dh dua puluh satu tahun lamanya along hidup tak terseksa apa makan pakai pendidikan dunia akhirat semua ada. along sj yg tak reti bersyukur.

along tau betapa kecewanya Mama kalau Mama tak dpt penuhi permintaan along dgn adik adik especially along lah. along ingat lagi, waktu along darjah empat, along nak sangat pergi camping Pengakap raja laut ke kelana muda entah tak ingat. Mama tak bagi. along menangis meraung raung sebab semua kwn kwn sePengakap along pergi. Mama buat tak reti. ayah senyap sunyi. along meraung raung dan merayu dgn Mama.

entah ayat apa along sebut, along sebut, kalau along mati nanti Mama menyesal sebab tak tunaikn permintaan along mcm tu lah kot. terus Mama bagi dan dgn sepantas kilat Mama pack kan barang2 camping along dan Mama paksa along pakai tudung walaupun waktu tu along free hair lagi. Mama ikat tudung fesyen datin datin dekat along yg reben besar dekat bawah dagu tu. ya. along pakai tudung datin datin dgn short sleeves warna maroon. tak apa la. waktu tu bukan zaman fesyen fesyen lagi tskk tskkk.

selang sehari along dekat camping, Mama dtg dgn ayah bawa semua adik adik sampaikn abang dgn kakak2 fasi Pengakap yg lain kenal along. dan sejak hari itu, Mama dgn ayah tak pernah gagal utk sampai ke tempat camping mana atau tempat kem motivasi mana yg along join. =__=
along pergi camping Pengakap di SK Bukit Hijau, esok malamnya Mama sampai. konon2, Mama takut along takut tidur dlm khemah.

selepas Mama puas hati check semua, Mama balik. along pergi kem motivasi di Pendang ke entah apa namanya, nak buat aktiviti flying fox. tup tup nampak Mama, ayah dgn adik2 berbondong bondong dari jauh lambaikn tgn dekat along. Mama setia duduk di seberang sungai tunggu along flying fox. Mama siap pesan suruh along depa kan tangan waktu di udara. along layankan saja. di mana mana kem, along mesti jadi yg terglemer. sebab org ingat along anak manja sedangkn kalau along kat rumah, Mama tak nmpk sgt pun along. adoi. =__= tapi baru along tau, Mama memang syg along lebih. tak ada along di depan mata, Mama dh tak senang duduk.

kalau izzati atau nasuha tak talipon Mama lama, Mama rileks sahaja. tahun lepas, along sibuk sampai tak talipon Mama dekat dua minggu, Mama yg tak suka mesej sebab tak suka menaip guna henpon tetiba mesej along tulis, "along tak rindu Mama ka?". along terkejut tak sudah sudah. sebenarnya, Mama pun jenis Sahara juga.

5) along minta maaf utk tak dpt jadi anak yg baik di mata Mama. mungkin. byk yg along nak capai utk buktikan syg along pada Mama. along akan capai semua cita cita Mama yg tergendala. along akan tetap cintakn ilmu mcm yg Mama cinta. along akan cuba jadi muslimah yg baik mcm yg Mama nak. along akan cuba jadi kakak yg baik dan along tak akan bukan tak akan, along akan jarang bergaduh dgn adik2 macam yg Mama minta.

cuma along harap, Mama jgn pernah putus asa dan tawar hati utk doakn kesejahteraan along. along percaya, kejayaan yg along kecapi selama ni, cuma hanya berapa peratus adalah dr usaha along sendiri. selebihnya adalah dr doa dan usaha Mama atas redha Allah.

waktu PMR, waktu zaman along jadi budak paling malas, dan kurang cemerlang mcm di sekolah rendah sebab along tak berapa reti nak adapt dgn dunia asrama, waktu semua predict along akan dpt 3A, dan waktu ayah predict along akan dpt 5A dan ayah siap berjanji akan keluarkn along dr boarding school ni, Mama tetap percaya pada along. sedang waktu tu, along dh predict along cuma dpt 3A dan cuma bersedia utk terima tohmahan org lain. alhamdulillah, berkat doa dan percaya Mama, along dpt 7A.

boleh la tu. sampaikn hari nak pergi ambil result, along tiba tiba sakit perut ya amat sebab terlampau takut dan along suruh Mama dgn ayah sj ambil. sebab along tau expectation saudara mara tinggi terhadap along yg konon2 cerdik ni. along menangis teresak esak di gagang talipon waktu Mama bagitau result along dan waktu tu along teringat balik saat Mama menangis teresak esak waktu along dpt 5A dlm upsr. tapi Mama tak menangis depan along. Mama kantoi menangis depan Aimi Shahirah junior darjah tiga along yang kepoh bagitau along hahaha. Mama, mama. Sahara juga ya.

Mama, along dh kehabisan kata utk karang sebab terlalu byk benda yg along nak terima kasih dan minta maaf kan. along harap Mama tahu, along sayang Mama. tetap sayang. walaupun ada org lain yg sayang along, tapi sayang along terhadap Mama dan sayang Mama terhadap along tiada tandingannya. along bersyukur pada Allah, dikurniakn emak seperti Mama. yg dulunya biasa tetapi kini dari hari ke hari makin menjadi luar biasa bagus.

walau mcm mn pun Mama, along tetap terima Mama seperti mana Mama tetap terima along yang buruk dan teruk ini. along doakan supaya Mama sentiasa sihat utk melakukn amal ibadah, supaya Mama lebih tabah terima cubaan Allah, supaya Mama sentiasa tenang dan gembira, dan permintaan serta doa paling tinggi along utk Mama adalah, along minta syurga Allah utk Mama. insyaAllah, kalau Allah merasa redha dgn Mama. insyaAllah.

Ma, selamat hari ibu! I owe U more than I can say.
Ma, I love U. I will always love U. forever, insyaAllah.


Tiada ulasan: