Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

29 September 2010

duhai dunia

diberi cinta

dibalas iri

diberi jiwa

dibalas sepi

diberi hati

dibalas nista

diberi pelangi

dibalas senja

diberi ikhlas

dibalas khianat

diberi percaya

dibalas aniaya

diberi bahagia

dibalas celaka

dan kalau aku katakan aku sudah tawar hati dengan manusia

bahawasanya, kerana aku sudah terlalu lama menyimpan luka

betapa kejam dunia merobek hati kita

dan betapa kejam manusia menghiris hati sesama kita

kalau begini rasanya dunia,

pulangkan aku ke rangkul Tuhan.

Dunia terlalu menzalimi aku

dan,

Manusia terlalu kejam mengejar dunia

dan,

aku sudah tiada upaya menyimpan dendam.

pulangkan aku ke rangkul Tuhan.


25/09/2010

Tiada ulasan: