Tuhan,
dia minta aku khabarkan kepada Engkau
bahawasanya, dia tidak mahu ditinggalkan jauh
dia takut pada gelapnya dunia sementara
dan tiba-tiba hilang dalam sekelip mata
tapi dia tidak berdaya
dia bangun, dan jatuh semula
dia berdiri, dan rebah semula
tidak ada yang datang menyangga
atau, adakah dia sedang dibutakan mata hati sampai gelita?
Tuhan,
dia minta aku tanyakan kepada Engkau
apa yg sedang terjadi kepada dia?
dia seperti tergelincir dan hatinya bersetuju pada semua hina
ini bukan dia, katanya
dia minta Engkau kembalikan dia yang dahulu
dia mohon tapi tidak berdaya
dia benci jadi org yg berpura-pura
dia mengajak damai tapi dia tidak miliki permai
Tuhan,
dia minta aku tanyakan kepada Engkau lagi
kenapa jadi begini?
dia minta dipulangkan hati dia yang dahulu
yg hanyut enak terbuai pd setiap kata cintaMu
dia tidak mahu hati sekarang
yg tetap, pegun dan kenyal tanpa apa rasa
katanya dia,
diajar hatinya keras kerana tidak mahu terluka kerana manusia
tapi kenapa hatinya keras pada cintaMu?
apakah demi mendapatkan Engkau, dia perlu redha dan tabah dengan manusia?
benar begitu Tuhan?
Tuhan,
dia minta aku katakan kepada Engkau lagi,
jangan tinggalkan dia
jangan benci dia
jangan dicelaka dia
jangan dikaram jauh dia
beradalah selalu dengan dia
sampai dia benar-benar leka dalam dakapan redhaMu
Tuhan,
pulangkan dia yang dahulu
pulangkan hatinya yang dahulu
kembalikan dia kepada Engkau
kembalikan dia ke tempat dia
jangan berpaling menghadap dia
walau ternyata, dia yg paling hina.
Tuhan,
dia itu aku.
*utk kita kita yg masih mencari erti hidup, jgn disegan bertatih mencari Dia. Dia ada dekat dengan kita sehingga tidak terkelih. peduli pd yg menghina dan mencerca, kerana kita ada Dia. jgn tertunduk kepala bersetuju kita tidak mampu mendapat syurga kerana kita terlalu hina, kerana bahawasanya, Dia mengampunkan semua dosa kita setiap kali kita meminta dengan linangan air mata. mintalah.*
21/09/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan