Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

29 September 2010

semula

aku pohon pada Tuhan,
jangan dimatikan aku sebelum masanya

aku pohon pada Tuhan,

minta ditumpangkn aku sebentar di dunia
demi mengejar harta abadi utk ke sana

kini, aku kembali merengkok semula

di sudut kecil di hujung dunia
memeluk lutut dan menunduk wajah
melumat jiwa dan kasihku telah lama garing dan membeku
aku menjadi aku semula
aku yg pesimis dan negatif tentang hidup dan erti sayang

mahu aku hancur bagaimana lagi?

apa dosa aku dengan engkau?
apa?

kini, aku kembali merengkok semula

di sudut kecil di hujung dunia
memeluk lutut dan menunduk wajah
menggering hati sekeping dan meludah cinta
aku menjadi aku semula
aku yg pesimis dan benci tentang ketawa dan erti indah

mahu aku hancur bagaimana lagi?

apa dosa aku dengan engkau?
apa?

dunia,

izinkan aku yg hina ini berjalan mendongak wajah
meminta disirna mentari yang sudi masih meneman suram kelam dia

dunia,

minta disabarkan engkau mendokong setiap derap jalan aku yang kabut
demi aku mengintip barang setitis permata dari setiap kerja yang ada

muslimah,

tidak boleh cengeng
tidak boleh lemah jiwanya
tidak boleh kabut diadun rasa

muslimah,

perlu cekal lebih teguh dari taufan
perlu mantap tahan lebuh dari ribut
perlu mendasar dan pasak dari awan








aku tidak akan lemah lagi.

tidak akan.

29/07/2010

Tiada ulasan: