Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

07 Mei 2011

mama


Mama adalah wanita terhebat yg paling dekat dgn aku. Mama seorang yg kuat dalaman dan kuat luaran. Sungguh jauh kalau nk dibandingkn aku dgn Mama. Aku takdpt capai tahap tapak kaki dia pun secara metaforanya. Mama cuma insan biasa mcm org lain. Tapi Mama mengagumkn. Mama seorang yg berdikari. Pendiam. Jarang merungut. Jarang marah, kalau marah, mesti cubitan dia sampai dulu sengal okay. Tabah. Rajin.

Aku rs kalau nk taip semua benda yg mengagumkn tentang Mamesti tak habis. Setiap kali Mother's Day, mesti asyik teringat ingat jasa jasa Mama yg mencurah-curah. Oleh itu, seperti biasa, sebagai seorang anak Mama, aku mendoakan Mama bahagia sampai bila bila. Sampai bila bila. Aku bangga jadi anak Mama. Mama wanita terhebat yg paling dekat dgn aku. Terima kasih Allah utk seorang ibu seperti Mama. Apalagi yg aku mahu setelah Allah bg wanita terhebat sbg ibu aku? Kan? Emak semua org adalah wanita hebat, cuma Mama wanita terhebat di mata aku yg paling dekat. Dekat kerana kita dua berkongsi nyawa. Selama 9bulan 10hari aku aman dlm perut Mama, dan selama hampir 22tahun aku makan makanan Mama, belanja duit Mama dan mcm mcm lg semua dari Mama.

Justeru sebanyak mana sangatlah sebagai seorang anak yg aku boleh balas jasa jasa Mama sebab takakan sampai mati aku dpt balas pun. Aku berharap, Mama sentiasa diberi kesihatan yg baik, diredhai Allah, semoga aku dpt belajar dgn baik, kerja dan bagi Mama merasa gaji anak sulung dia, tunjukkn Mama segolong Ijazah yg Mama taksempat dpt, dan er hadiahkn er apa apa lah yg Mama nk sgt tu dan semoga semuanya yg Mama mahu, Allah tunaikan.
















Terima kasih Mama. Terima kasih.

Tiada ulasan: