Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

20 Jun 2011

biskut gula cicah milo fuze.


Assalamualaikum. June dh nak habis kan? Dh sampai separuh tgh. July dh nak dtg menyinggah. Setiap bulan berlalu dlm sekelipan mata sahaja. Betul lah. Apabila dunia di akhir zaman, masa cepat berjalan. Masa akan menjadi singkat. Ini sepotong hadis yg ada haa terbentang dlm Planner hijau aku di page bulan April hujung atas.

Drpd Anas B. Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w brsabda;
"Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api."
H.R Tirmidzi

Mcm mcm benda dh berlaku. Tahap emosi aku pulak? Masih di paras biasa. Kdg kdg emosional terlebih, kdg kdg dpt mental breakdown bila mana aku merajuk dgn Emak aku yg tak bw aku pergi Jakel shop baru dibuka di AS yg buat sale berjuta juta lemon utk kain kain mahal sampai ckp taknak, mkn nasi sekali tapi tengok nasi dan habiskan nasi cepat cepat kemudian ceh tolong lah Fatin, come on! Dh 22 okay awak tu dh separuh abad dh. Padahal, Emak aku beli 2pasang kain mahal utk aku dari Jakel Kuala Lumpur lagi diulangi Kuala Lumpur. Aku memang drama queen. Kamu takpayah cakap pun aku dh tahu. Seantero masyarakat di sekililing aku dh tahu.

Mungkin ini adalah kesan aku yg kurang dimanjakan sgt waktu kecil ye lah mana nk sempat bermanja dgn Mak Ayah kamu kalau kamu darjah satu kamu dh ada 4 orang adik, diulang 4 orang adik. Sebab tu aku jadi manja terlebih dgn kwn kwn. Versi mengada ngada. Hahaha sebab taksempat bermanja dekat rumah. Mungkin sebab tu Mak Ayah lebihkn aku dlm segala benda mungkin utk cover up balik masa masa kemanjaan aku yg hilang dulu ye dak.
Okay itu kisah merajuk seorang remaja purba 22tahun di hari cuti semesternya selama 3minggu.

Sekarang pula, aku sedang berdebar debar. Bukanlah berdebar debar kerana sebab tak munasabah tapi aku berdebar memikirkan 2bulan berpraktikum aku pada July ini. Terlalu berdebar. Aku rs aku nk sj siapa siapa dtg dekat aku dan ckp, sekolah praktikum aku terbakar ke atau aku takpayah praktikum ke atau apa apa lah yg dpt mengelakkn aku berpraktikum selama 2bulan ni. Kamu bayangkanlah wei bayangkanlah, 2bulan? 2bulan??? sebulan pun aku barely survived. BARELY. Penat. Hectic. Azab. Derita. Naknangis. Hampeh. Ngantuk. Bosan. Penat. Hectic. Okay dari aku mengulang kosa kata kosa kata yg memeritkan tu baik lah aku rentikn sj. Aku rs semua trainee teachers akan rs apa yg aku rs. Tanggungjwn besar habaq hang pi sekolah.

Kwn aku pernah ajukn aku soalan cepu cemas berbunyi, "which one do you prefer; lecture or school?" Kamu agak aku jwb apa? Jyeah la aku jwb lecture. Lecture kamu attend, salin nota apa yg patut, kalau sempat kalau taksempat search internet, dan kalau dlm lecture dgn lecturer yg baik ya amat kamu siap boleh main word search atau sudoku hatta di grid 12x12 sekalipun atau membaca komik atau pun er tidur. Hahaha. Aku rs jwpn aku membolehkn aku score markah penuh ye dak? Bukanlah aku membenci sekolah tahap tak ingat cuma aku tak rasa aku layak sgt lebih kepada kurang gilaaaa keyakinan diri dan tahap motivasi aku yg rendah teramat.

Inilah masalah major aku dlm perspektif personal. Kendiri. Tak tipu. Sebab tu aku byk tonjolkn diri dalam apa shj competition sebab nk atasi masalah aku. Org masuk prtanding bercerita, aku nk juga walaupun aku cerita setakat perenggan ketiga sebab di perenggan keempat aku blank dan teruskan aku end kan story telling aku dgn "Thats all about my story. Thank you" sambil lurutkan topeng monyet di muka dan blah dari pentas dalam keadaan teramat kecewa dan malu. Mujur tidak ada peserta lelaki pada waktu itu. Mujur. Kalau tak, aku rasa aku buat buat pengsan di situ juga. Sajak, nyanyi, tulis sajak, tulis cerpen, hari guru, aktiviti jamboree, koir ceh segala bala la aku join hahaha tapi masalah major aku masih di titik yg sama. Mungkin bergerak sedikit. Ataupun mungkin masih tidak stabil.

Kondisi aku skrg aku boleh la katakn di tahap mendebarkan. Emosi stabil. Kesihatan biasa biasa. Skrg aku tgh draf sebuah novel. Novel? scary ye dak bunyi nya. Tahap aku sebenarnya setakat cerpen shja. Aku memang langsung tak ada keyakinan diri meski dan bertahun tahun Emak aku suruh polish bakat menulis aku yg tak seberapa. Mungkin Emak aku nk cover dan tebus kesalahan dia mengkritik cerpen aku tentang cinta budak obes yg aku tulis di usia 11tahun dulu hahaha. Mungkin. Entahlah mampu ke tidak. Aku masih lagi trauma dgn kejadian kehilangan draf novel aku dulu tu yg aku cerita. Berkajang jugak tu aku dh taip. Kering idea aku perah. Yg aku boleh ckp skrg, aku gmbrkn major character aku ni ada super power la hahaha tu aje la yg aku boleh bgtahu. Kang ckp byk kerja takjalan, malu aku tau. Aku pun tau malu tau tehehehe. Aku doa, Allah permudahkn. Aura menulis aku dh membuak. Cuma anjakan paradigma aku tak berapa melonjak. Mungkin kerana sibuk memikirkan masalah yg tiba tiba muncul atau pun pening hendak mengatur masa dlm membahagi tanggungjawab. Aku dh terlalu bersemangat melihat dua pelajar Institut aku yg dh mengorak langkah jauh dgn menhadiahkan beberapa hasil tulisan mereka kpd masyarakat. Aku nk jugak mcm tu. Heppp bukan lah perasaan aku lebih kepada jealousy cuma ia nya lebih ke arah berkobar mencontohi. Doakanlah. Aku rs projek menulis aku ni mungkin akan tertangguh lebih lama hahaha mcm waktu aku tulis Kerana Umar Adha dulu yg terbengkalai sampai setahun pheuwww dh nak buat mcm mana ye dak, idea kan dari Allah? :D Tak ada, maka tak ada.

Aku dh penat bercerita di ruang virtual ni. Tapi aku lega. Sebab cuma di OB saja aku boleh tulis hampir sepenuhnya tentang apa yg terpendam dlm hati. Sebab cuma di OB saja aku ada ruang aku sendiri tanpa perlu fikir judgementasi. Sebab cuma di OB saja aku ada perasaan aku ada tempat utk berkongsi. Sebab aku langsung tak reti bicara tentang hati sendiri dgn org lain hatta dgn Emak yg mengandungkn aku selama 9bulan 10hari. Kasihan Emak. Mungkin Mak berasa kecewa dgn ketiadaan cerita perkembangan dan rahsia hati anak sulung dia. Tapi nak buat mcm mana, aku mewarisi sifat ini dari suami dia hahahaha. Sekurang kurangnya, aku ada OB. Di OB, aku mampu utk jujur tentang diri dan memberi space kpd diri sendiri utk menyimpul semua pemboleh ubah yg berlaku seharian dlm hidup aku.

Aku rs ini adalah entri terpanjang yg pernah aku taip. Dh lama simpan nk cerita, sekali taip rasa lega hati meski masih ada masalah masalah yg berbalam balam mengetuk pintu nk masuk.
Ya Allah, tetaplah dgn aku meski saat satu dunia meninggalkan aku.
Sungguh, Kau Maha Tahu semua cerita. Aku bersumpah.



LOVE,
Ftn

7 ulasan:

Farhana Sukre berkata...

Fatin, teruskan menulis...mana tahu lepas ni novel hang jadi teks komsas..

ftn berkata...

Hahahahaha Farhana mn ada...Jauh. Aku tunggu novel hg! Nnti dh tulis ckp kat aku! Aku nk baca :DD

Hzwan Hammad berkata...

hg lukis ka doodle 2? hehe

Farhana Sukre berkata...

novel aku lambat lagi..kena banyak curi masa yang sempit..

L.I.F.E.1.2.3 berkata...

fatin, ank tau x lagi cerita baru???? semua sekolah kat malaysia kena tutup sebab taun makin teruk. 2 bulan pulak tu! wey takyah kalut laa nak p praktikum2 bagai. sekolah tutup 2-3 bulan titik noktah. *ok x fatin?* hahahahaha ;)

ftn berkata...

Hzwan; hg rasa? Hooo

Fana; takpa. aku tunggu :D

Nie; serious aku percaya dh. Hishhh kureng nie hahahaha. Memekarkn bunga tahi ayam dlm hati aku sj wuuu

Hzwan Hammad berkata...

tp cm aku kenai ja. ka aku y lukis 2. haha