Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

07 Mei 2010

tazkirah satu


Sepotong ayat utk kita hari ini adalah;

Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka dan mengatakan, "Tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu". Maka ketika kedua pasukan itu saling melihat berhadapan, syaitan balik ke belakang seraya berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yg kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah". Allah sangat keras siksaNya.
(Al-Anfal:48)

aku mcm speechless. jumpa ayat ini pun waktu tadabbur smlm di usrah. kamu bayangkan, syaitan sendiri ckp yg dia takut kepada Allah, sedang kita? takutkah kita kpd Allah. buktikan. takut kpd Allah bermaksud, meninggalkan apa yg Allah larang dan buat apa yg Dia suruh. syaitan kata lg, "aku dapat melihat apa yg kamu tidak dapat melihat". Syaitan memang nmpk dan memang tahu sebab dia dh pernah dihukum dan diseksa oleh Allah atas keingkaran dia utk tidak tunduk kepada Adam sedang makhluk Allah yg lain tunduk menurut perintah Allah.

dan syaitan berjanji utk menyesatkn anak-anak Adam utk sama sama terjerumus dlm lembah kejahatan supaya bila kita buat jht, kita dpt dosa, dan kita berkemungkinan besar masuk ke neraka, maka dptlah dia kawan yg akan sama sama diseksa. nauzubillah kan. mesti kita semua taknak masuk neraka. dh tu, apa usaha kita utk taknak masuk neraka?

syaitan kata lagi, dia akan menjadi kan setiap dosa dosa dan perbuatan yg manusia lakukan ini kelihatan indah di mata mereka sendiri sehinggakan mereka tidak nampak yg mana benar yg mana salah, yg mana hak, yg mana batil. kamu ckp lah apa shj waktu ini, mereka dh tak nampak apa. mereka terasa sgt indah. mereka rasa ini adalah betul. nauzubillah lagi sekali. takut aku.

marilah ya (eh kenapa aku dh bunyi mcm profesor izi haji ali ni tsk tskk), kita sama sama berusaha utk berubah ke arah yg baik. dan selalu lah berfikir tentang kenapa kita diwujudkan, adakah kita diwujudkan saja saja utk hidup, sekolah, sekolah menengah, masuk unibersiti, kerja, ada rumah ada kereta pastuh kawin, pastu ada anak, pastu ada cucu pastu mati dh pastu habis.

betapa tidak berertinya sebuah kehidupan seorang manusia mcm tu. dan kalaulah Allah tidak memberikn kita agama, dan tidak memberikan kita negara akhirat, maka kucar kacirlah dunia. tidak ada sebabnya utk kita berbuat baik kalau tidak dijanji syurga dan pahala. dan tidak takutlah kita utk berbuat dosa, jika tidak diberitahu tentang adanya neraka dan dosa.

Allah tidak ciptakn kita sia sia. Dia dh bagi sebab Dia cipta kita dan letak kita di planet bumi Dia ni. "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaKU". (Az-Zariyat:56). jadi, jgnlah kita lupa kpd pencipta kita ya. nanti jd ibarat kacang lupakan kulit.

analogi comel aku, kamu bela kucing nm Bella. pastu kamu bg mcm mcm kat Bella. mcm mcm. tapi Bella tak pernah hargai kamu. kamu suruh dtg dekat, dia lari. kamu pegang, dia cakar. kamu bagi tempat tidur, dia rosakkn. tapi kamu sygkn dia. kamu sabar. kamu bg lagi semua yg Bella nak. tapi mcm tu juga. jadi, kamu bercdg nak tegas sikit. kamu pun hukum Bella. kamu tak bagi Bella makan sehari. Bella sedih. kemudian Bella nangis2 dgn kamu, kamu yg kasihkn Bella ni pun, bagi la Bella mkn.

kamu cuma nk ajar dan uji Bella. kamu tahu, once Bella dtg nangis dgn kamu, kamu dh terbuka hati utk maafkn Bella. kamu yg bela Bella (eh rhyme la!) dari dia kecik semut sampai dh besar jadi kucing iklan whiskers. kamu tahu semua tentang dia. cuma kamu bg Bella pilihan. dia nak kamu atau tak. kalau Bella cerdik, dia akan pilih kamu. sebab selama ni kamu bela dia dgn begitu baik. apa yg dia nak kamu bagi.

cuma dia sj yg degil. itu rebel, ini rebel. cuma Bella pun kena ingat, jgnlah berterusan buat perangai, sebab sikap adil kamu tu sebenarnya merangkumi adil dlm memberi hukuman. jenuh la Bell mengarut. sikit sikit buat masalah, sikit sikit rebel. pastu dh taubat, Bella buat lagi. buat lagi dan lagi. tak boleh mcm tu. mengarut dh tu. mcm main main. dh Bella tahu itu dosa, jgn ulang lagi. azam sungguh sungguh. baru kamu boleh tolong Bella kan. kalau dh Bella taknak tolong sendiri dh nak buat cmna. kamu bg guideline, bg guidance semua, Bella taknak dgr. dh sudah. tunggu sajalah hasilnya.

okay habis dh cerita tentang Bella. paham dak analogi comel aku? paham kan paham kan. okey, aku bg satu lagi ayat pilihan, ayat ini;

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami"? (Al-Mukminun:115)

siapa yg tidak akan mati?, angkat tangan! oh. tak ada yg angkat tangan.
siapa tahu bilakah dia akan mati?, angkat tangan! okay. tidak ada pergerakan.

satu lg ayat, satu lagi. ayat ini;

"Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yg telah diperbuatnya". (Al-Mudhathir:38)

jadi, jgn lah kita bg ayat drama swasta yg berbunyi begini, "memanglah aku jahat, sebab Allah dh takdirkn aku jahat. Allah dh ciptakan aku jahat sejak azali lagi. siapalah aku utk menolak takdir, kan?". hamboih mulut.

Menurut kitab, "Apa ertinya saya menganut Islam" tulisan Fathi Yakan, sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. namun demikian kebaikan yg dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dgn taufik dan 'inayah dr Allah. manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dlm batasan keizinan dan kehendakNya. paham dak, paham dak? maksudnya, apa segala kebaikan dan ibadah yg kita buat semua Allah dh tahu sebab, Allah yg memberi kita petunjuk utk buat itu semua. Allah dorong sekeping hati kita utk mencari cinta Dia.

manakala, begitu juga dgn amalan kejahatan. Allah dh tahu apa yg kita nak buat, sebab ya lah, Allah yg cipta kita. tapi, dia sebut dlm batasan keizinan dan kehendakNya. Allah bg kita akal fikiran. Allah bg kita pilihan. dan Allah tahu takat ikhlas kita utk kita berusaha ke arah kebaikkan kalau sebelum ni kita jahat. Allah tahu. kalau kita sungguh2, insyaAllah Allah bagi.

Allah tak pernah menzalimi hamba hamba Dia. kalau Allah hendak zalimi kita, baik Allah tak pyh cipta syurga. kan? Allah nak uji. nak uji. sebab hidup ini ujian. dan bersyukurlah kita kpd Allah yg telah dipilih kita kita ini lahir lahirnya, terus Islam. istiqomah ya syg ya. sebab, kita telah dipilih Allah. betapa Allah masih nmpk kita dlm brjuta juta makhluk Dia. sedih pd yg tidak dipilih Allah utk kenal Islam kan. sebab, hanya agama Islam merupakan agama yg diredhai Allah.

ayat pilihan seterusnya; Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian Yaakub. "Wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim". (Al-Baqarah:132)

ayat pilihan yg kedua terakhir: "Dan kehidupan di dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?". (Al-Anfal:32)

ayat benar benar terakhir: "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu". (Al-Baqarah:152)

peringatan ini untuk aku secara khususnya dan alhamdulillah diperpanjangkn lagi utk kamu kamu, yg membaca. kalau ada mkna mkna tersalah definisi dan konsep dan semantiknya, harap buzz aku di kotak perasaan, tegur ya ya. mana tahu, salah. insyaAllah. sebagai seorang yg tidak begitu pandai utk bercakap, menulis apatah lagi, cuma entri yg berbunga bunga campuran ini yg mampu aku bagi. selamat mencerna okay. insyaAllah. aku curi tagline ABJZ;
JOM JADI BAIK!
sshhh. ini rahsia curian kita kita aje okay!

eh lupa pulak. nak tgk gambar tak, nak tak? taknak pun nak nak kn aje la. tak kuasa aku nk melayan hahaha. nah;


kelik pd gambar utk tumbesaran yg lebih ganteng!


1 ulasan:

akifamjad berkata...

nice... aku suke...