Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

29 September 2010

citra

Aku membisik perlahan
kepada sukma aku menepuk aman
Duhai, tabah
Kejam jangan diregut aku dari dunia
Gelisah jangan menyelimuti aku pasrah
Sunyi jangan membenam aku mati

Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa


Dalam tersilau cahaya citra

aku menampan terangnya rembulan
di balik tangan
dan menopang mengangkat wajah
bermanis muka di depan manusia
dalam, hati aku sedang meludah tipu

Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa


Aku bersimpuh melutut dimintakan kasih

berbelas kasih mengasih aku yg belum tiba di tempatnya
jauh telah lama merengkuk menadah jiwa diisi
lalu dunia berkejam dengan aku dan menipu aku sangsi

Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa


Ini, aku persembahkan sekeping hati

aku angkat di depan Tuhan
meminta disudi memegangnya lagi
walaupun dia sudah bernoda hitam dan tidak berseri lagi
aku minta Tuhan basuh dan sucikan dia
dan masih mahu memangku dia, sampai aku mati.


03/08/2010





Tiada ulasan: