Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

05 Oktober 2011

Jomblo




diberi cinta
dibalas iri

diberi jiwa
dibalas sepi

diberi hati
dibalas nista

diberi pelangi
dibalas senja

diberi ikhlas
dibalas khianat

diberi percaya
dibalas aniaya

diberi bahagia
dibalas celaka

dan kalau aku katakan aku sudah tawar hati dengan manusia
bahawasanya, kerana aku sudah terlalu lama menyimpan luka

betapa kejam dunia merobek hati kita
dan betapa kejam manusia menghiris hati sesama kita

kalau begini rasanya dunia,
pulangkan aku ke rangkul Tuhan.

kerana,
dunia terlalu menzalimi aku,
dan manusia terlalu kejam mengejar dunia,
dan sungguh,
aku sudah tiada upaya menyimpan dendam.



pulangkan aku ke rangkul Tuhan


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Inilah dia inilah dia. Percubaan ketiga menyertai pertandingan foto kreatif. walaupun tak kreatif mana, asal ada pertndingan foto aku rasa teruja. Lagi teruja bila ada hadiah kamera! Gmbr dgn aku sebagai subjek berlatarkan 3 tona warna merangkumi langit biru, laut dan pasir pantai di Batu Feringghi, Penang. Waktu ini waktu paling manis. Sesi hangout beramai-ramai. Waktu saat persahabatan aku dan kwn kwn masih dalam versi pure. betul betul pure kerana cinta. Sekarang tetap pure. cuma dek kerana pelbagai cabaran seperti faktor fitnah, masa dan dengki org, takat cinta itu mungkin terjejas sedikit demi sedikit. Dan nilai kesejatiannya yg kurang sikit agak dirasa masing masing. Aku rindu betul saat dulu.


Dan erm aku sertakn sekali puisi aku tentang perasaan merajuk aku dgn dunia. Dgn semua benda. Kdg kdg, aku selalu rasa mcm dunia ni bukan utk aku. Aku rs nak lari jauh jauh dan tinggal semua. Aku rs cuma Tuhan sj yg faham aku. Bilamana aku rasa dunia begitu kejam dgn aku. Ditipu, ditinggal, hampir tenggelam, terlalu dilukai, difitnah dan byk lagi faktor terluka. Aku dah penat nak pangku jiwa sendiri bila mana aku rasa dunia ini bukan tempat aku. Kalau sedih, aku suka menulis. Menulis puisi selalunya. Dan aku rasa puisi ini ada kaitannya dgn tema Jomblo tentang rasa sunyi, sepi, benci dan mahu sendiri. Sebab tu aku kepilkan sekali, tapi yalah aku rasa la. Entah relevan atau idok ye tak?..tehehe.


Oh ya, ini pertandingan FotoRaduan. Iaitu pertandingan yg dianjurkan oleh salah seorang favorite blogger aku, Lady Noe. Kepada hadirin sekalian yg mahu menyertai, silakan! Lagi ramai, lagi meriah kan? Boleh jugek aku jamu mata tengok gambar gambar emo hangpa semuaaaa! :D

1 ulasan:

fazrinn berkata...

gud luck. yups kamera itu yg menambat hati. hehe :)