Apa benar cinta itu buta dan membuta hati juga mata?
Kau tinggalkan Dia kerana cinta Kau benci ayahbonda kerana cinta Kau maki diri sendiri kerana cinta Kau hina sahabathandai kerana cinta Kau hilang dunia kerana cinta Kau musnah kau kerana cinta
Bilang ke aku, Apa makna cinta untuk mu?
Apa benar cinta itu buta dan membuta hati juga mata?
aku jadi malu dgn diri aku saat mataku menangkap matanya
aku malu pada redup sirna tawadhuknya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku malu pada utuh tegap imannya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku malu pada bicara kental hikmahnya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku malu pada pasak benteng jiwa jihadnya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku malu pada teguh cinta Illahi punyanya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku malu pada kukuh misi depan Islam miliknya dia dia mengingatkan aku kepada Dia
aku jauh terlalu jauh aku dan dulu telah terlalu jauh dulu aku bertatih tapi di tengah jalan aku hilang disapa ombak aku hampir rebah aku hampir pecah dek hati sekeping yg gering digaring
aku jauh terlalu jauh aku bukan aku yg dulu aku bukan aku yg dulu yg hampir mencapai tapak kakimu di pesisir pantai
aku jauh terlalu jauh aku rindu aku yg dulu aku mahu aku yg dulu saat aku masih merayu meminta berada di sini lagi saat aku masih menangis dalam doa yg aku rs terpaling kudus
dan kau hadir tiba tiba di ketika ini di saat aku disapa ombak yg kedua di saat air mata aku bercucuran kerana dia
tanpa apa apa memakna seolah takdir kita ditemu di rumah Dia, kita bertentang hati dan hati ku bicara, tidak
aku bukan Fatimah dan engkau persis Ali
engkau adalah bintang dan aku tersadai dan membumi.
Manusia jgn berkejam dgn dia dia cuma ada satu dia kalau terhiris lagi mcm dulu dulu dia akan pulang ke sahara lama yg tidak mempersis apa
Be good to her when she tries her best to be good to you
khabarkan buruknya dia terus kepada dia jgn disembunyi membawa mati dan menghiris dia dia cuma ada satu dia kalau terhiris lagi mcm dulu dulu dia akan pulang ke sahara lama yg tidak mempersis apa
Be good to her when she tries her best to be good to you
Jangansampai satu saat, dia lari dan sembunyi dari semua dan berkebumi dari dunia sebelum masa
Aku membisik perlahan kepada sukma aku menepuk aman Duhai, tabah Kejam jangan diregut aku dari dunia Gelisah jangan menyelimuti aku pasrah Sunyi jangan membenam aku mati
Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa
Dalam tersilau cahaya citra aku menampan terangnya rembulan di balik tangan dan menopang mengangkat wajah bermanis muka di depan manusia dalam, hati aku sedang meludah tipu
Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa
Aku bersimpuh melutut dimintakan kasih berbelas kasih mengasih aku yg belum tiba di tempatnya jauh telah lama merengkuk menadah jiwa diisi lalu dunia berkejam dengan aku dan menipu aku sangsi
Tuhan, jangan matikan aku sebelum masa
Ini, aku persembahkan sekeping hati aku angkat di depan Tuhan meminta disudi memegangnya lagi walaupun dia sudah bernoda hitam dan tidak berseri lagi aku minta Tuhan basuh dan sucikan dia dan masih mahu memangku dia, sampai aku mati.
mungkin ini takdirnya aku disimpang jauh dari dunia semata supaya didekatkan hati dengan Dia
mungkin ini takdirnya aku terperosok jauh tidak terkelih semata supaya diangkat aku di pandangan Dia
mungkin ini takdirnya aku diluput nama dan terpadam dari dunia semata supaya dilena aku dalam dakapan Dia
mungkin ini takdirnya aku terhenyak jauh dan direntap pergi dari semua semata supaya dijulang hati aku dekat dengan Dia
mungkin ini takdirnya Dia tentukan aku dalam begini rupa
bagaimana harus aku definisikan sahara aku yg sebenarnya benar kontang aku diukir jauh dari cinta aku dilebur punah tanpa jiwa namun aku cuba mendewasa dgn cinta Dia
sehingga aku merasa aku terlalu memberi dan mengulum hati sendiri
pada saat aku taburkn semua dari sahara menjadi oasis aku ditinggal dunia, semula
mungkin ini takdirnya
tidak perlu bohong aku sebab, aku sudah lama berhidup dgn takdir ini sudah lama sehingga, jiwa aku sudah rapuh separuh dan menunggu masa utk lebuh
mungkin ini takdirnya semoga dgn doa yg aku kirim mampu membahagia semua manusia
mungkin ini takdirnya aku dilahirkan sebegini rupa.
aku minta disudikan Tuhan utk terus ada dekat dgn aku sampai, selamanya
aku minta disudikan Tuhan utk memangku rebah rapuh jatuh aku, selamanya
aku minta disudikan Tuhan utk dakap aku erat saat aku mati sebelum masanya, selamanya
aku minta disudikan Tuhan mengangkat mayat kosong ropong aku tika aku hilang jiwa dan sepi, selamanya
aku minta disudikan Tuhan menepuk kalbu aku mesra dan berterusan memberi redha, selamanya
aku minta disudikan Tuhan membobok aku lena aman tanpa sepicing ngeri menjelma dan meringan segala beban percuma, selamanya
aku minta disudikan Tuhan memasak teguh lemah aku yg dikuis sedikit serasa setengah jiwa terbang pergi, selamanya
aku minta disudikan Tuhan utk tidak membenci aku lalu pergi meninggal jauh dan melupa aku terus terhenyak jauh ke dasar mantel hilang tidak berwujud, selamanya
aku minta disudikan Tuhan utk nmpk aku, selamanya utk nmpk aku, selamanya saat nama aku hilang luput dari mata dunia. Kau tetap ada. tidak beralih.
kita terpisah oleh takdir yg tiba tiba kita dipisah oleh dua medium cinta aku di laluan yg pertama dan engkau di laluan yg kedua
sedang aku tidak pernah meminta kita begini setelah dua hati kita aku simpul mati sedang aku tidak ingin semuanya jadi begini setelah dua hati kita membentuk bidadari
namun pada tidak ada siapa menyangka taufan hitam gelojak datang membelah jalan sehala kita aku terpelanting ke kanan dan engkau terperosok ke kiri dan akhirnya taufan menggulung aku jauh ke atas awan dan engkau terus diseret terjunam ke dasar lautan
akhirnya, kita sungguh sungguh dipisah saat aku terkelih wajah engkau, engkau menatap kedua dua anak mata aku tidak sepersis dulu waktu dimana, di tubir mata engkau masih aku lihat ada sarat kasih sahabat buat aku
namun kini, saat engkau terpandang aku, riak wajah aku keras dan kaku dan jantung berdegup lebih pantas menghantar rasa bahawa aku seperti tidak punya kaitan dgn engkau
kita sudah terpisah jauh kita dipisah oleh takdir tiba tiba kali ini apabila kita berselisih bahu kita sudah seperti dua orang asing di jalanan yang tiba tiba bertemu engkau tersenyum pada aku malu malu dan aku menunduk muka dan menjadi beku dan engkau memaling muka dari aku maka aku tunduk dan tersenyum malu malu
kalaupun kelam tak tersuluh terang oleh benderang cahaya gemilang aku tetap ada memangku janji yg pernah ditaut dahulu dan pasti
kalaupun suram tak terlihat kurang oleh benderang cahaya cemerlang aku tetap ada memaksi hati yg pernah dikaut dahulu dan mesti
apa dosa aku mendaki engkau sampai tak dikelih hati aku lalu disakiti kalau sungguh aku menujam nista dan noda maka khabar pada aku dan minta aku untuk mengubah jangan kau telan dan hadam konon demi menjaga hati sampai bernanah membusuk dan menghukum aku tanpa mengetahui
apa dosa aku mendaki engkau sampai tak dikelih hati aku lalu disakiti
aku pohon pada Tuhan, jangan dimatikan aku sebelum masanya
aku pohon pada Tuhan, minta ditumpangkn aku sebentar di dunia demi mengejar harta abadi utk ke sana
kini, aku kembali merengkok semula di sudut kecil di hujung dunia memeluk lutut dan menunduk wajah melumat jiwa dan kasihku telah lama garing dan membeku aku menjadi aku semula aku yg pesimis dan negatif tentang hidup dan erti sayang
mahu aku hancur bagaimana lagi? apa dosa aku dengan engkau? apa?
kini, aku kembali merengkok semula di sudut kecil di hujung dunia memeluk lutut dan menunduk wajah menggering hati sekeping dan meludah cinta aku menjadi aku semula aku yg pesimis dan benci tentang ketawa dan erti indah
mahu aku hancur bagaimana lagi? apa dosa aku dengan engkau? apa?
dunia, izinkan aku yg hina ini berjalan mendongak wajah meminta disirna mentari yang sudi masih meneman suram kelam dia
dunia, minta disabarkan engkau mendokong setiap derap jalan aku yang kabut demi aku mengintip barang setitis permata dari setiap kerja yang ada
muslimah, tidak boleh cengeng tidak boleh lemah jiwanya tidak boleh kabut diadun rasa
muslimah, perlu cekal lebih teguh dari taufan perlu mantap tahan lebuh dari ribut perlu mendasar dan pasak dari awan
usah hukum aku atas kesombongan tidak perlu hisab aku atas kekosongan dijauhkan mengadili aku atas kebohongan
mohon masuk dulu dan duduk dalam kasut aku dan kemudian, engkau disahkan layak menghakimi
rahsia di hati terlipat kemas, bersusup rahasia tersimpan demi kepada sebuah kehidupan dan senyuman terukir untuk menutupkan sekeping hati terlumat hancur, dahulu dari lama lalu.
aku marah dengan masa sebab mencepat teruja dewasa kita kita
aku marah dengan takdir sebab membeda kita jauh terdampar di setiap persisir
aku marah dengan jarak sebab menyiat aku berjuta batu dari mereka dan menyopak
aku marah dengan memori sebab mengulang tayang kisah lima tahun tiada henti henti
aku marah dengan hidup sebab menoktahkan bersama kita dan sekejap cuma menutup
aku marah dengan kekita sebab sampai hati duduk sejuta ela dari aku dan tidak bersama
aku marah dengan diri sendiri sebab tidak pernah menyuruh diri dan memujuk hati bahawasanya; tentang cerita kami kami ini yang telah lama ditulis Illahi dan dibentangkan kami ini di sini demi hidup sebagai ujian utk ke dunia hakiki
aku sudah tidak jadi marah aku cuma mahu simpan kejap kenangan dalam hati dan berpesan pada diri sejauh mana kaki aku melangkah setinggi mana aku terbang sayup sebanyak mana harta aku kendong sebahagia mana aku berketawa aku pernah ada kekita dan akan ada kekita sampai bila bila selamanya sampai habis nyawa
kekita,
sungguh aku sudah tidak seperti dahulu dunia aku ternyata adalah dunia kekita dunia kekita ternyata adalah dunia aku
aku betul betul rindu aku yang dahulu waktu aku ada kekita dengan aku.
kekita,
janji, jangan lupa semua dan jangan lupa apa apa. kita kwn sampai bila bila insyaAllah.