Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.
Memaparkan catatan dengan label cinta sampai mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta sampai mati. Papar semua catatan

27 Jun 2011

entri serious tidak dibenarkan komen kerana saya malu.


Assalamualaikum. Salam hari Isnin. Lately, aura aku mcm kelabu kan. Mcm smgt down gitu. Biasa lah manusia, iman ada turun dan naiknya. Tapi aku selalu perasan yg bila mana aku dpt mental breakdown tahap tak ingat, Allah tak pernah lupa aku. waktu aku rs mcm sesak dan hampir lemas dan karam dlm lautan masalah, Allah tetap ingat aku. waktu aku rasa mcm nk gugur, takmahu pegang apa kerja pun, takmahu buat apa responsibility pun, hilang keyakinan diri nk berdakwah sebab rasa diri ni hina gila taklayak, rs mcm nk lari dan pencilkn diri sebab rs diri sendiri sj yg faham tentang mslh yg melanda, rs mcm why me? again why me? rs mcm ya Allah, letih gila hectic, rs mcm ya Allah, kenapa aku pilih nk jd cikgu ni kenapa tak jadi kerja biasa je mcm org gaji ke atau kerja kilang ke jual aiskrim yg tak memerlukan aku utk bsusah payah tahap tak ingat, tidur tak cukup, kerah otak fikir sampai kecut, nk hadap muka budak lagi, hadap pihak sekolah yg ahh entah suka kita ke tidak, nk buat teaching aids yg variasi multi-uses, nk guna interesting method lg kira kesimpulannya, jadi cikgu susah amat sampai pencen, byk kerja persatuan lagi, taip everytime, sakit belakang tak ingat, mata mcm makin rosak, nk buat kerja persatuan tak ada mood sebab tak ada idea, mn homesick lagi, fikir ms depan Ayah lagi, teringat rumah lagi, masalah usrah lagi, masalah sosial yg membelenggu remaja remaja ipg lagi, cerita karut Mak pasal perkahwinan yg jauh lagi nak pergi, desakan nenek dan ibu ibu saudara lagi, cerita karut Mak jadikan baby sister kita sebagai penyiasat pun serabut juga aahhhh pendek kata byk la masalah yg melanda. Sampai aku tak tahu mn satu nk fikir dan nak diselesaikan.

Tapi Allah tetap ingat aku. Allah beri peluang aku utk join Daurah, dpt masa singkat brbual dgn bekas kak Naqibah aku, dpt join program one fine day tadi, semua tu dh cukup utk boost-up tenaga aku dan ketuk aku dr lena yg tiba tiba. Hilang habis perasaan kabur dan semangat menurun aku utk teruskan tanggungjawab berdakwah yg wajib. Sebagai Muslim, ini lah tanggungjwb kita. Walaupun aku rs aku taklayak dan hina gila, patutnya aku tahu, aku PERLU berubah dan MENGUBAH. tak ada siapa yg boleh tolong kita UBAH diri melainkan kita sendiri. Dlm menegakkn kalimah Allah, perkara apa yg telah kita lakukan? tepuk dada, tanyalah iman. Dlm mengislahkn diri aku, aku nk juga mengislahkn org lain. Means, kita taknak masuk syurga seorang diri kan? Kita mesti nak, kwn kwn kita, adik2 kita, jiran kita, mak ayah kita, saudara mara kita masuk sekali syurga dgn kita. Tapi, apakah kita telah berusaha utk mencapai mtlmt itu? Telah Allah beri byk nikmat kpd kita, tapi kita dustakan.

cth paling best adalah aku. Sejauh mana aku lari, dlm hati memberontak dok ulang why me, saya bukan baik nk berdakwah dekat org, sedangkan Allah dan bentangkn aku jalan dkwh ini secara senangnya. Aku takmahu pergi program dgn pelbagai alasan, Allah bagi mcm mcm dekat aku. Bila mana aku down, tiba tiba pengisian program tentang ganjaran Allah. keadaan keadaan mcm ni buat aku rs terharu ya amat. Sedangkn seperti yg kita tahu, Allah tak memerlukan kita pun. Allah tak memerlukan aku pun. Aku yg memerlukan Allah. Kalau aku kata, saya taknak bawa dakwah, taknak taknak, Allah ada org yg lebih hebat dari aku. Jauh lebih hebat. Tapi ini tidak. Allah bentangkn jalan kebenaran dia utk aku. Senangnya. Melalui kakak-kakak, aku dilatih. Aku dibimbing. Aku dinasihati. Aku diberitahu ganjaran menjadi org yg baik. Aku diberitahu tentang cr menjadi baik. Melalui mereka. Dari Allah. Betapa Allah syg aku. Sehina hina aku, masih dikelih oleh Dia. Aku bukan baik mana. Amal pun kurang. Entah berapa sen sgt la aku di mata Allah. Tetap, Allah nmpk aku. Dia bagi aku peluang attend program2 Islamic meski aku attend dengan hati yg walang dan muka frown sebab hasrat nk tidur lebih di hari weekend gagal. Sebab hasrat nk main roller skating gagal. Sebab hasrat nk buat books-day-off gagal. Sedangkan, Allah beri peluang yg lumayan pd aku dr benda benda yg tidaklah mendtgkn manfaat sgt kepadaku sbenarnya.

Tak ada org yg sempurna. Dlm usaha kita brdkwh kepada org, kita belajar berubah. Aku cuba fhm itu. Walaupun aku kdg kdg lupa. kdg kdg aku rs mental breakdown sebab aku teringat silam jahiliah aku dan aku rs patah smgt. Byk je cbrn dtg, aku down. Ada je mslh dtg, aku down. Sampai trtunduk kepala. Aku fikir, apalah alasan aku depan Allah nanti kalau aku buat kerja dkwh tak betul. Org yg aku dkwhkn makin teruk. Benda benda ni menyebabkn aku stress dan rs nk lari. Kemudian aku ingak balik ayat yg aku dpt dari Akhi Andika di Tamrin Murabbi dulu, "Kenapa kamu runsing tentang dia mahu ikut nasihat kamu atau ngak? sedangkan soal hatinya cuma diketahui oleh Allah. Sesungguhnya, kerja kamu cuma brdakwah; yakni mengajak kepada perkara baik, dan melarang mereka melakukan perkara kejahatan." Akhi Andika org Indonesia muka pun dh ala ala pelakon sinetron pondok cinta eh apa ke nama sinetron tu aku tak ingat tehehe. Dgr je kata kata Akhi, aku terus rs nak nangis. Alahai hati... Lemahnya kau.

Ni la serba sedikit faktor faktor aura aku kelabu. Mungkin graf iman aku pd ketika ketika itu menurun ya amat. Skrg aku rs bsemangat sedikit utk terus berjalan dan berjalan di jalan dkwh ni. Sememangnya, jln dkwh adalah jln yg susah. Jalan yg pahit. Tak ada red carpet. Sebabnya, syurga itu manis. Maka, kena la kita berpahit pahit dahulu ye tak? Dan sesungguhnya, syurga itu dipagari dgn kesusahan dan neraka itu dipagari dgn keseronokkan.

Jadi, doakanlah semoga aku terus kekal berada di jalan yg lurus. Semoga aku terus yakin utk membw dakwah dan menyebarkannya. Semoga aku menjadi baik dan lebih baik dari hari yg dulu dulu. Semoga hati aku tidak dibolak balikkan. Semoga aku istiqamah. Semoga aku tidak riak dan takabur dgn tanggungjwb2 aku. Kalaupun, kdg kdg aku terjatuh dan tersimpang jauh dr jalan Dia, aku pohon Allah kembalikan aku semula dan tetap nmpk aku mcm skrg.

Aku akhiri tulisan agak jujur aku kali ini dgn dialog antara aku dgn Emak;

Aku; Mama, kenapa Mama beria ria hntr semua anak Mama ke sekolah Agama? kenapa tak bagi kami semua pergi SBP atau Sekolah Sains, atau sekolah elit? (adik aku dpt SBP&MRSM, aku dpt sek elit harian)

Mama; *diam dan termenung*. Sebab Mama nak semua anak Mama ada basic agama walaupun tak byk. Dan Mama percaya, kalau students sek agama ni tersimpang jauh, satu hari nanti dia akan kembali juga pd Allah sebab dia dh pernah hidup dalam environment Islamic.

Aku; *speechless dan mula ubah cr pemikiran aku tentang sekolah apa patut aku bagi utk anak aku*



Rs nak nangis. Perkataan kembali itu sgt mengharukan.





Aku tinggalkan kalian dgn my own quotation;

"Hidup ini bukan semata mata utk bersuka ria dan habis secara tiba tiba. Sebenarnya, kehidupan ini merupakan satu PERJUANGAN dalam PERJALANAN mencari TUHAN."


07 Mei 2011

mama


Mama adalah wanita terhebat yg paling dekat dgn aku. Mama seorang yg kuat dalaman dan kuat luaran. Sungguh jauh kalau nk dibandingkn aku dgn Mama. Aku takdpt capai tahap tapak kaki dia pun secara metaforanya. Mama cuma insan biasa mcm org lain. Tapi Mama mengagumkn. Mama seorang yg berdikari. Pendiam. Jarang merungut. Jarang marah, kalau marah, mesti cubitan dia sampai dulu sengal okay. Tabah. Rajin.

Aku rs kalau nk taip semua benda yg mengagumkn tentang Mamesti tak habis. Setiap kali Mother's Day, mesti asyik teringat ingat jasa jasa Mama yg mencurah-curah. Oleh itu, seperti biasa, sebagai seorang anak Mama, aku mendoakan Mama bahagia sampai bila bila. Sampai bila bila. Aku bangga jadi anak Mama. Mama wanita terhebat yg paling dekat dgn aku. Terima kasih Allah utk seorang ibu seperti Mama. Apalagi yg aku mahu setelah Allah bg wanita terhebat sbg ibu aku? Kan? Emak semua org adalah wanita hebat, cuma Mama wanita terhebat di mata aku yg paling dekat. Dekat kerana kita dua berkongsi nyawa. Selama 9bulan 10hari aku aman dlm perut Mama, dan selama hampir 22tahun aku makan makanan Mama, belanja duit Mama dan mcm mcm lg semua dari Mama.

Justeru sebanyak mana sangatlah sebagai seorang anak yg aku boleh balas jasa jasa Mama sebab takakan sampai mati aku dpt balas pun. Aku berharap, Mama sentiasa diberi kesihatan yg baik, diredhai Allah, semoga aku dpt belajar dgn baik, kerja dan bagi Mama merasa gaji anak sulung dia, tunjukkn Mama segolong Ijazah yg Mama taksempat dpt, dan er hadiahkn er apa apa lah yg Mama nk sgt tu dan semoga semuanya yg Mama mahu, Allah tunaikan.
















Terima kasih Mama. Terima kasih.

06 Mei 2011

salamsayang




Assalamualaikum dan hai! Kelas dh habis, skrg study week. Lagi 2minggu nk exam baru free sedikit. Sedikit sj lah. Byk benda nak kena settle. Meeting, sports day, study, study, dan study. Asal study mengantuk ah mcm mana kan? Byk benda nk cerita tapi tak puase bak kata Usop Wilcha. Nk menaip pun rs tak hadap. Bak aku bagi point sj lah ya.

1. Mslh sosial di persekitaran aku makin meruncing. Nk buat buat taknmpk power spek aku tak ada la tinggi mana. Jadi apa aku buat? Setakat berada di tahap iman terendah la coward mcm aku ni duh. Nmpk, buat buat taknmpk. Sampai bila Ftn, sampai bila? Sampai bila Allah boleh tolerate dgn perkara mcm ni? Bala akan jatuh timpa atas kepala kau jugak duh.

2. Makin membenci diri. Literasi. Aku benci bila aku rs aku makin jauh dan makin jauh. Aku nk duduk diam diam di satu tempat di mana cuma pndgn Allah yg aku kisah. Aku takmahu patah hati kerana manusia, dan aku takmahu benci manusia dan aku takmahu end up aku benci diri aku sebab makin rs depresif dan pesimis. Mn hilangnya Ftn yg happy go lucky yg dicanang org yg dpt membawa kebahagian dlm hati setiap insan yg memandangannya Ya Allah panjang gila ayat aku. I miss the OLD me.

3. Aku rindu saat innocent aku dan kwn kwn. Saat berteman kerana cinta menyintai. Bukan kerana mahukn sesuatu sebagai pulangan. Aku benci hipokrasi. Aku benci. Mn saat itu Ya Allah? Adakah kerana dunia semakin akhir zaman, semua manusia berlumba lumba dgn kehidupan sendiri dan makna persahabatan cuma tinggal di laman laman sosial yg bersepah saat wish birthday yg diingatkan? Apa cuma itu? Kwn kini cuma kwn di list laman sosial. Di friendlist. Sayu.

4. Please la Ftn. Move on. Get over your past. Its not worth it to remember your past stories. Ambil cerita silam buat pengajaran. Bukan lekat di cerita silam dan terus sink makin dalam. Aku tak tipu. Aku masih kesat air mata yg turun tiba tiba di tgh malam saat memori lama terbayang. Lame me lame me. Wheres the Snow Queen in you huh Ftn? Adoi.

5. Aku benci bila aku lupa aku ada Dia. Aku benci bila aku berpaling merintih bukan pada Dia. Aku benci bila aku cuma ingat Dia saat sedih. Aku benci aku yg ini. Aku benci sisi gelap aku. Aku benci bila aku takhargai diri.

6. Aku minta Allah tetap jaga aku. Sampai bila bila. Sampai aku mati. Sampai aku jumpa Dia. Aku minta Allah takjijik dgn dosa dosa aku. Aku minta Allah takbenci aku. Kalaupun syurga bukan utk aku, aku taksanggup diberi neraka. *sedih*

7. Aku nk buat jadual study dh. Doa doakn aku istiqamah study dan semoga aku study dgn niat yg betul. Aku dh ambil games baru dgn kwn aku tehehehe. Aku org yg jenis study sambil main games. Pelik? Indeed. Pelik dgn aku agak sinonim mungkin tehehe. Semoga aku takmain games lebih dari aku belajar duh.

8. Aku nk work out. Makin lm aku cepat letih. Mungkin sebab aku manjakn diri sgt. Thyroid semakin dekat dgn aku kembali. Aku cepat letih dan sleepy. Kaki cepat kebas dan smlm urat kaki aku terseliuh sebab terlalu kebas. Thyroid please go away. Aku dh muak nk pergi follow up check up sakit. Semoga aku tabah dan semoga aku tidak mencaci penyakit yg Allah bagi tanda sygkn aku ini. Semoga.

9. Aku sudah nmpk dia. Entah apa cerita Allah utk aku. Dia tiba tiba hadir dari celah mana. Saat aku hampir rebah, dia hadir. Dia bisu dan aku kelu. Kami diam demi cerita Tuhan. Tiada siapa berhak tentukan. Maka, aku diam dan menjauh. Dan dia diam malah mendekat. Biarlah. Angin bayu berhak berhembus ke mana mana yg dia mahu. Dan dingin salju akan tiba apabila saatnya nanti. Haa ambil kamu ambil. Ayt metafora sebegini memang sj aku karang supaya kamu takfaham hahahahahaha okay aku tau lame hahaha

10. Bai. Salam sayang. Semoga kita bjumpa lagi masyarakat maya. Jgn benci aku tau. Jgn benci even dlm hati. Taksuka senyum. Kalau suka, sengih. Doa aku dlm diam okay?
Xoxo





With love,
Ftn.

13 April 2011

hapdet

Assalamualaikum. Its been ages kan aku cerita tentang cerita hari hari. Byk benda nk cerita tapi taklarat nk menaip. Tapi bila dh takmenaip rs terseksa jiwa raga pulak sebab menulis dh jd passion kedua selepas reading. Bckp pasal reading dh dua buku aku beli. Dan haah takpayah meneka memang dua dua pun belum baca. Eh sorry tiga haah tiga ha kan dh lupa. Dua buku agama satu buku humor. Tehehe humor wajib ada ye budak Fatin ni kan.

Okay aku bagi point la. Sejak sejak sibuk semua benda pun nk asap kan.

1. Okay Ayah dh sihat. After a month hes been hospitalized because of the virus infection Pheuwwwww Thank God Alhamdulillah syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamat aaaaaa aaaaa eh sorry emo. Please I dont want to talk about this anymore k.

2. Hopefully everythings back to normal! Hopefully. Tapi waktu Ayah sakit la semua benda berubah. Semua org berubah. Aku jd makin matang dan Izzati terus pandai drive. Adik adik lain semakin pandai nk jd considerate people. Alhamdulillah. Mama semakin mithali dari hari ke hari.

3. Skrg tgh praktikum. 2 days more to goooooooooo!!! Yahooo. Aku dh penat nk tidur tunggang langgang. Aku dh penat beli kad manila utk buat teaching aids. aku dh penat pecah kepala fikir lesson plan yg kena buat every single day! Every single day okay! Aku dh penat menjerit di kelas selama 8period per week weh dh penat. Tapi utk pengetahuan kamu, aku ada lagi baki 5bulan praktikum utk next next semester. Aku harap kamu faham kalau selepas ni aku tinggal isi dan tulang ataupun aku mengembang jadi ballon either two la kan ataupun aku dh bertukar jd zombi mcm dlm game favorite aku 'Plant vs Zombie'. *insert the winning zong here* We dont want zombies on our lawn oh yeah oh yeah eh pardon. Lately aku makin emo kan gahhhh

4. Skrg aku tgh berulit dgn timbunan kerja. Takperlu lah tanya ke mana aku menghilang atau pun mencari teman bergosip. Aku dh tak ada masa utk semua tu. Semua benda pun taknyempat. Ada sj hari aku tak tidur dan paginya dh kena mengajar. Ada harinya aku tidur selang sejam dgn tangan menggenggam talipon bimbit. Aduh dh rasa mcm org tak ada arah tujuan hidup dh pun. Mujur ada secebis iman yg boleh keep me sane. Terima kasih Allah walaupun kdg kdg aku melupakan kau *okay part ni sedih*

5. Okay bai. Aku ada kerja lagi ni ah benci. Nk plan pair teaching plus journals plus portfolio plus assignments plus tidy my messy room! plus update record book plus etc etc etc.

6. Jumpa lagi kalian di waktu ada kesempatan. Doa aku dlm diam okay?


xoxo!

05 Jun 2010

lima jun


assalamualaikum. apa khabar semua? aku sihat. semua? ahh takpe. abaikan. hari ini seronok sgt. seronok. sebab hari ni, KEKITA berjumpa lagi mcm dulu dulu di CP. walaupun byk yang takdpt join cthnya fit atas sebab abang dia bertunang hari ni, mia sebab kerja jadi kena jadi pkerja bdisiplin, hasz kat ostrolia nun diknon ngajinya, pah sebab kerja juga, cipak sebab tak cuti di usim sedang mengaji, duyah sebab duyah cuti tak sm dgn org jugak dll lagi yg mana mana aku lupa nak sebut, minta maaf.

KEKITA tidak mengamlkn dasar aparteid ya sebab KEKITA cuma la nama utk komuniti wawasan dan apake namanya bilik atas nun yg selalu lepak sekali. padahal, KEKITA merujuk kpd semua SMKAK darlings :) darlings shj ya. bukan handsome dude ya. lelaki maka ada nama mereka tsendiri, mungkin.

antara darlings yg mghadirkn diri adalah, saya, Melia, Anis, Esah, Elly, Azira, Rer, Dnah, Meknie, Arina dan Ha.

benda biasa KEKITA walaupun dh masing masing besar adalah lemah dalam bab mencari port melepak. hailo betul. apakebendanyalah KEKITA dtg dtg terus duduk duduk tanpa segan silu di Mekdi dgn tanpa makan atau order langsung di Mekdi. terbaik. sebab takut Mekdi marah, dan sebelum kami dibambu keluar secara nyata, kami pun keluar dari Mekdi.

setelah itu, semua pun lapar semua pun nak makan tapi semua pun takmau mkn di Food Court sebab boring sebab selalu makan di situ sampai makcik Food Court aim dan para sellers serta customers lain pun rasa annoyed dgn KEKITA haha based on the past reu, jadi atas cdgn bernas aku, KEKITA bcdg nak makan di luar CP. humangaih tapi malangnya. kami semua tersilap pilih kedai, sebab kedai yg dipilih tidak menyediakan makanan bergoreng kecuali berlauk.

jadi, semua KEKITA pakat pakat tarik muka dan cuma order minum. baik. yg salah memilih kedai adalah cik Azira ya cik cik bukan saya. saya, cdg saja tehehe. sebab semua lapar, jadi aku dgn yg lain fikir apa salahnya kita order makan di kedai sebelah dan bw makan di kedai ini.

Dnah: "apa kata, kita suruh makcik kedai sebelah bungkus dan bw bungkusan utk makan di sini?"
Anis: "apa kata, kita suruh makcik ni bungkus air, kita pergi makan di sebelah?"
aku: "ya, cdgn Anis paling boleh diterima. cdgn Dnah ditolak. HAHA"

cmni lah KEKITA. havoc di mana mana. dan GILA. dan TAK MATANG.


seterusnya, aktiviti diteruskn dgn solat Zuhur di Pusat Dakwah, alhamdulillah boleh buat menantu eh eh lari topik.

lepastu baru pergi makan betul betul di kedai makan betul betul ada nasi bergoreng

setelah semua selesai, si Mekni bcdg nak bw KEKITA pergi main main game. okay. takpe. budak 21 eh makbudak 21 pun boleh main hapah. tuptup pergi, halemak aih, sesak. bising. karut. jadi kami tukar venue. set. semua nak main boling. aku ON. walaupun aku OFF.

ohmaigod. I hate bowling. haha :DD. i cant play well tho I give my full concentrations. my hands just went randomly and I throw the ball like am throwing a bomb! seriously. haha :D
ah. guess what. am the last one. with err 40? yes yes. laugh at me please haha. aku memang sayur. ahhh benci. kalah dgn Dnah pulak okay. Dnah is bragging about last time she was the champion yet for this time, she was the second last person because of me. haha haha.

ah yes. the winner is drum roll dush tu du dush dush dush; cik Elly. Elly baling bola boling mcm nak pergi iron baju prep class. tenang. sabar. aman. nyaman. dan gemalai. taktipu. betul. semua KEKITA ambil berkat Elly dan setiap kali Elly berjaya jatuhkn pin, KEKITA akan salam dgn Elly especially aku ler -__-". ahh tapi, KEKITA cakap aku kalah secara bermaruah, sebab aku dpt STRIKE sekali. okay sekali. tu pun ada okay. Dnah takde. haha :DD

kedua, cik Azira. dan seterusnya, aku takingat. nanti aku check balik gambar result. dah habis semua, semua pun jalan jalan dan cari pasal tehehe.

tamat secara rasmi reu KEKITA kali ini adalah pd pukul lima.

aktiviti KEKITA pd kali ini adalah spt biasa. wajib ada photo shoot. wajib sembang tak igt dunia. wajib catch up cerita hidup masing masing seperti;

1) bila habis cuti?
2) buat apa kt rumah?
3) cmna study?
4) bila praktikal?
5) exam susah tak?
6) datang dgn sapa?
7) balik dgn sapa?
8) tet?
9) tet?
10) adik dok ngaji mn skrg?
11) abang kak kawin bila?
12) ampa nk kawin bila?
13) KEKITA, sapa nak kawin dulu?
14) Dnah, matured dak lagi?
15) ampa ingat dak Aini kena denda sembahyang atas tar jalan sebab lewat Subuh sampai batu trlekat kat dahi? *ni soalan aku*
16) Dnah, ingat dak ang ponteng kelas Modern Maths cikgu Pian dgn azira, hasz, patin kat bilik study pastuh bomba dtg sebab nak sembur tebuan dlm bilik study dan kita kantoi ponteng dgn cikgu Azman yg buat2 taknmpk? *aku lagi*
17) weh igt dak kita sembahyang dlm bilik sebab malas turun surau *anis amik turn menyoal*
18) syorad sihat? *syorad adalah soft toy Cipak, dan baby KEKITA* :DD anis; "syorad dh lunyai."
19) Arina, ang amik kos hapah tah?
20) Elly, praktikal okay? ada lelaki hensem tak kat kilang?
21) Meknie, UMT tu apa?
22) Rer, bila kita nak pi pasar malam?

KEKITA, KEKITA. *senyum*

walaupun dh 4 tahun berlalu sejak masing masing tinggalkan SMKAK, KEKITA masih mcm dulu. GILA. takmatang. havoc. ceria. samseng. malu malu. playfull. kaki melantak. hati mulia eh eh tiba tiba haha :DD
walaupun masing masing dh ngaji jauh jauh dari masing masing
walaupun masing masing dh jarang contact sebab sibuk
walaupun masing masing dh ada kwn kwn baru yg lebih hebat dan ganteng
walaupun maisng masing dh ada cerita hidup serta cita cita sendiri yg mantap
walaupun masing masing dh makin cantik dan pandai bersopan
walaupun masing masing dh injak usia angka dua puluh termasuk adik Dnah kita :)
walaupun masing masing dh berlainan course dh tak ada course Sains ke Sastera ke
walaupun masing masing dh ada lesen kereta eh eh

KEKITA tetap KEKITA. gelak sama sama. sedih sama sama. caring sama sama. main sama sama. marah sebab sayang. tegur sebab kasih. tampar sebab cinta. tumbuk sebab suka.
aku harap KEKITA mcm ni utk selama lamanya. semoga cinta kita dijaga Dia sampai bila bila. semoga KEKITA dewasa sama sama.

Anis: "kita tgk nanti, siapa antara KEKITA yg akan kahwin dulu"
aku: "haah. lepastuh, kita gelakkn dia ramai ramai haha"
Dnah: "jgnlah, kita ucap la tahniah dulu". dnah, dnah -_-"

p/s: gambar gambar akan diupload nanti nanti :)

09 September 2009

sabar ya

aku tepuk perlahan
pipi mulus tidak mulus
sedar syg! ini bukan masanya!
cepat kembali dari anganan
tengok sini. depan ada masa depan
di belakang itu namanya silam

aku usap lembut
telapak tangan kasar
aku bw kedua tangan
telangkup di dada
mengurut-urut lemah
duhai hati, tabahlah!
usah dikenang brg yg lepas
pencak kakimu, lihat dgn tenang, hadapi dgn berani,
esok itu misteri

aku raup wajah kusam
tepuk lembut pipi sendiri
duhai mata! sudahlah!
jgn bertangis tangis
mengenang dunia
sini lihat!
pegang akhirat dulu

duhai diri
duhai hati
sabarlah
Tuhan syg kamu
Tuhan syg kamu
Tuhan syg kamu
perlu apa kamu lagi?
kamu sudah ada segalanya bila Tuhan syh kamu

*senyum*

tak apa. Tuhan syg kamu. kamu ada semua. sbr ya. :)