Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.
Memaparkan catatan dengan label cerita hari-hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita hari-hari. Papar semua catatan

20 Jun 2011

biskut gula cicah milo fuze.


Assalamualaikum. June dh nak habis kan? Dh sampai separuh tgh. July dh nak dtg menyinggah. Setiap bulan berlalu dlm sekelipan mata sahaja. Betul lah. Apabila dunia di akhir zaman, masa cepat berjalan. Masa akan menjadi singkat. Ini sepotong hadis yg ada haa terbentang dlm Planner hijau aku di page bulan April hujung atas.

Drpd Anas B. Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w brsabda;
"Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api."
H.R Tirmidzi

Mcm mcm benda dh berlaku. Tahap emosi aku pulak? Masih di paras biasa. Kdg kdg emosional terlebih, kdg kdg dpt mental breakdown bila mana aku merajuk dgn Emak aku yg tak bw aku pergi Jakel shop baru dibuka di AS yg buat sale berjuta juta lemon utk kain kain mahal sampai ckp taknak, mkn nasi sekali tapi tengok nasi dan habiskan nasi cepat cepat kemudian ceh tolong lah Fatin, come on! Dh 22 okay awak tu dh separuh abad dh. Padahal, Emak aku beli 2pasang kain mahal utk aku dari Jakel Kuala Lumpur lagi diulangi Kuala Lumpur. Aku memang drama queen. Kamu takpayah cakap pun aku dh tahu. Seantero masyarakat di sekililing aku dh tahu.

Mungkin ini adalah kesan aku yg kurang dimanjakan sgt waktu kecil ye lah mana nk sempat bermanja dgn Mak Ayah kamu kalau kamu darjah satu kamu dh ada 4 orang adik, diulang 4 orang adik. Sebab tu aku jadi manja terlebih dgn kwn kwn. Versi mengada ngada. Hahaha sebab taksempat bermanja dekat rumah. Mungkin sebab tu Mak Ayah lebihkn aku dlm segala benda mungkin utk cover up balik masa masa kemanjaan aku yg hilang dulu ye dak.
Okay itu kisah merajuk seorang remaja purba 22tahun di hari cuti semesternya selama 3minggu.

Sekarang pula, aku sedang berdebar debar. Bukanlah berdebar debar kerana sebab tak munasabah tapi aku berdebar memikirkan 2bulan berpraktikum aku pada July ini. Terlalu berdebar. Aku rs aku nk sj siapa siapa dtg dekat aku dan ckp, sekolah praktikum aku terbakar ke atau aku takpayah praktikum ke atau apa apa lah yg dpt mengelakkn aku berpraktikum selama 2bulan ni. Kamu bayangkanlah wei bayangkanlah, 2bulan? 2bulan??? sebulan pun aku barely survived. BARELY. Penat. Hectic. Azab. Derita. Naknangis. Hampeh. Ngantuk. Bosan. Penat. Hectic. Okay dari aku mengulang kosa kata kosa kata yg memeritkan tu baik lah aku rentikn sj. Aku rs semua trainee teachers akan rs apa yg aku rs. Tanggungjwn besar habaq hang pi sekolah.

Kwn aku pernah ajukn aku soalan cepu cemas berbunyi, "which one do you prefer; lecture or school?" Kamu agak aku jwb apa? Jyeah la aku jwb lecture. Lecture kamu attend, salin nota apa yg patut, kalau sempat kalau taksempat search internet, dan kalau dlm lecture dgn lecturer yg baik ya amat kamu siap boleh main word search atau sudoku hatta di grid 12x12 sekalipun atau membaca komik atau pun er tidur. Hahaha. Aku rs jwpn aku membolehkn aku score markah penuh ye dak? Bukanlah aku membenci sekolah tahap tak ingat cuma aku tak rasa aku layak sgt lebih kepada kurang gilaaaa keyakinan diri dan tahap motivasi aku yg rendah teramat.

Inilah masalah major aku dlm perspektif personal. Kendiri. Tak tipu. Sebab tu aku byk tonjolkn diri dalam apa shj competition sebab nk atasi masalah aku. Org masuk prtanding bercerita, aku nk juga walaupun aku cerita setakat perenggan ketiga sebab di perenggan keempat aku blank dan teruskan aku end kan story telling aku dgn "Thats all about my story. Thank you" sambil lurutkan topeng monyet di muka dan blah dari pentas dalam keadaan teramat kecewa dan malu. Mujur tidak ada peserta lelaki pada waktu itu. Mujur. Kalau tak, aku rasa aku buat buat pengsan di situ juga. Sajak, nyanyi, tulis sajak, tulis cerpen, hari guru, aktiviti jamboree, koir ceh segala bala la aku join hahaha tapi masalah major aku masih di titik yg sama. Mungkin bergerak sedikit. Ataupun mungkin masih tidak stabil.

Kondisi aku skrg aku boleh la katakn di tahap mendebarkan. Emosi stabil. Kesihatan biasa biasa. Skrg aku tgh draf sebuah novel. Novel? scary ye dak bunyi nya. Tahap aku sebenarnya setakat cerpen shja. Aku memang langsung tak ada keyakinan diri meski dan bertahun tahun Emak aku suruh polish bakat menulis aku yg tak seberapa. Mungkin Emak aku nk cover dan tebus kesalahan dia mengkritik cerpen aku tentang cinta budak obes yg aku tulis di usia 11tahun dulu hahaha. Mungkin. Entahlah mampu ke tidak. Aku masih lagi trauma dgn kejadian kehilangan draf novel aku dulu tu yg aku cerita. Berkajang jugak tu aku dh taip. Kering idea aku perah. Yg aku boleh ckp skrg, aku gmbrkn major character aku ni ada super power la hahaha tu aje la yg aku boleh bgtahu. Kang ckp byk kerja takjalan, malu aku tau. Aku pun tau malu tau tehehehe. Aku doa, Allah permudahkn. Aura menulis aku dh membuak. Cuma anjakan paradigma aku tak berapa melonjak. Mungkin kerana sibuk memikirkan masalah yg tiba tiba muncul atau pun pening hendak mengatur masa dlm membahagi tanggungjawab. Aku dh terlalu bersemangat melihat dua pelajar Institut aku yg dh mengorak langkah jauh dgn menhadiahkan beberapa hasil tulisan mereka kpd masyarakat. Aku nk jugak mcm tu. Heppp bukan lah perasaan aku lebih kepada jealousy cuma ia nya lebih ke arah berkobar mencontohi. Doakanlah. Aku rs projek menulis aku ni mungkin akan tertangguh lebih lama hahaha mcm waktu aku tulis Kerana Umar Adha dulu yg terbengkalai sampai setahun pheuwww dh nak buat mcm mana ye dak, idea kan dari Allah? :D Tak ada, maka tak ada.

Aku dh penat bercerita di ruang virtual ni. Tapi aku lega. Sebab cuma di OB saja aku boleh tulis hampir sepenuhnya tentang apa yg terpendam dlm hati. Sebab cuma di OB saja aku ada ruang aku sendiri tanpa perlu fikir judgementasi. Sebab cuma di OB saja aku ada perasaan aku ada tempat utk berkongsi. Sebab aku langsung tak reti bicara tentang hati sendiri dgn org lain hatta dgn Emak yg mengandungkn aku selama 9bulan 10hari. Kasihan Emak. Mungkin Mak berasa kecewa dgn ketiadaan cerita perkembangan dan rahsia hati anak sulung dia. Tapi nak buat mcm mana, aku mewarisi sifat ini dari suami dia hahahaha. Sekurang kurangnya, aku ada OB. Di OB, aku mampu utk jujur tentang diri dan memberi space kpd diri sendiri utk menyimpul semua pemboleh ubah yg berlaku seharian dlm hidup aku.

Aku rs ini adalah entri terpanjang yg pernah aku taip. Dh lama simpan nk cerita, sekali taip rasa lega hati meski masih ada masalah masalah yg berbalam balam mengetuk pintu nk masuk.
Ya Allah, tetaplah dgn aku meski saat satu dunia meninggalkan aku.
Sungguh, Kau Maha Tahu semua cerita. Aku bersumpah.



LOVE,
Ftn

06 Mei 2011

salamsayang




Assalamualaikum dan hai! Kelas dh habis, skrg study week. Lagi 2minggu nk exam baru free sedikit. Sedikit sj lah. Byk benda nak kena settle. Meeting, sports day, study, study, dan study. Asal study mengantuk ah mcm mana kan? Byk benda nk cerita tapi tak puase bak kata Usop Wilcha. Nk menaip pun rs tak hadap. Bak aku bagi point sj lah ya.

1. Mslh sosial di persekitaran aku makin meruncing. Nk buat buat taknmpk power spek aku tak ada la tinggi mana. Jadi apa aku buat? Setakat berada di tahap iman terendah la coward mcm aku ni duh. Nmpk, buat buat taknmpk. Sampai bila Ftn, sampai bila? Sampai bila Allah boleh tolerate dgn perkara mcm ni? Bala akan jatuh timpa atas kepala kau jugak duh.

2. Makin membenci diri. Literasi. Aku benci bila aku rs aku makin jauh dan makin jauh. Aku nk duduk diam diam di satu tempat di mana cuma pndgn Allah yg aku kisah. Aku takmahu patah hati kerana manusia, dan aku takmahu benci manusia dan aku takmahu end up aku benci diri aku sebab makin rs depresif dan pesimis. Mn hilangnya Ftn yg happy go lucky yg dicanang org yg dpt membawa kebahagian dlm hati setiap insan yg memandangannya Ya Allah panjang gila ayat aku. I miss the OLD me.

3. Aku rindu saat innocent aku dan kwn kwn. Saat berteman kerana cinta menyintai. Bukan kerana mahukn sesuatu sebagai pulangan. Aku benci hipokrasi. Aku benci. Mn saat itu Ya Allah? Adakah kerana dunia semakin akhir zaman, semua manusia berlumba lumba dgn kehidupan sendiri dan makna persahabatan cuma tinggal di laman laman sosial yg bersepah saat wish birthday yg diingatkan? Apa cuma itu? Kwn kini cuma kwn di list laman sosial. Di friendlist. Sayu.

4. Please la Ftn. Move on. Get over your past. Its not worth it to remember your past stories. Ambil cerita silam buat pengajaran. Bukan lekat di cerita silam dan terus sink makin dalam. Aku tak tipu. Aku masih kesat air mata yg turun tiba tiba di tgh malam saat memori lama terbayang. Lame me lame me. Wheres the Snow Queen in you huh Ftn? Adoi.

5. Aku benci bila aku lupa aku ada Dia. Aku benci bila aku berpaling merintih bukan pada Dia. Aku benci bila aku cuma ingat Dia saat sedih. Aku benci aku yg ini. Aku benci sisi gelap aku. Aku benci bila aku takhargai diri.

6. Aku minta Allah tetap jaga aku. Sampai bila bila. Sampai aku mati. Sampai aku jumpa Dia. Aku minta Allah takjijik dgn dosa dosa aku. Aku minta Allah takbenci aku. Kalaupun syurga bukan utk aku, aku taksanggup diberi neraka. *sedih*

7. Aku nk buat jadual study dh. Doa doakn aku istiqamah study dan semoga aku study dgn niat yg betul. Aku dh ambil games baru dgn kwn aku tehehehe. Aku org yg jenis study sambil main games. Pelik? Indeed. Pelik dgn aku agak sinonim mungkin tehehe. Semoga aku takmain games lebih dari aku belajar duh.

8. Aku nk work out. Makin lm aku cepat letih. Mungkin sebab aku manjakn diri sgt. Thyroid semakin dekat dgn aku kembali. Aku cepat letih dan sleepy. Kaki cepat kebas dan smlm urat kaki aku terseliuh sebab terlalu kebas. Thyroid please go away. Aku dh muak nk pergi follow up check up sakit. Semoga aku tabah dan semoga aku tidak mencaci penyakit yg Allah bagi tanda sygkn aku ini. Semoga.

9. Aku sudah nmpk dia. Entah apa cerita Allah utk aku. Dia tiba tiba hadir dari celah mana. Saat aku hampir rebah, dia hadir. Dia bisu dan aku kelu. Kami diam demi cerita Tuhan. Tiada siapa berhak tentukan. Maka, aku diam dan menjauh. Dan dia diam malah mendekat. Biarlah. Angin bayu berhak berhembus ke mana mana yg dia mahu. Dan dingin salju akan tiba apabila saatnya nanti. Haa ambil kamu ambil. Ayt metafora sebegini memang sj aku karang supaya kamu takfaham hahahahahaha okay aku tau lame hahaha

10. Bai. Salam sayang. Semoga kita bjumpa lagi masyarakat maya. Jgn benci aku tau. Jgn benci even dlm hati. Taksuka senyum. Kalau suka, sengih. Doa aku dlm diam okay?
Xoxo





With love,
Ftn.

02 Mei 2011

May

Assalamualaikum. April dh habis dua hari lalu. Semester exam coming soon lagi 2minggu. Semester break sebulan bakal menyusul. Mei dh menjengah. Byk benda dh berlaku sepanjang 4bulan di 2011. Paling klimaks adalah cerita Ayah sakit. Terkejut usah cakap. Smpai skrg kalau kenang balik rs mcm takpercaya yg boleh duduk di sofa rumah skrg adalah Ayah yg terlantar hampir sebulan lebih. Kalau kenang balik berapa baldi air mata dan berapa kerat kudrat Mama dan adik-adik aku rs takkan habis sehari nk diceritakan. Betapa gagahnya Mama, betapa wajanya hati dia bertahan dan betapa kasihan adik-adik! Ahhh tapi cerita dan takdir Tuhan memang cantik. Setiap yang ditakdirkannya telah tertulis hikmah yg mana mungkin dpt dlm masa yg singkat atau takdpt terlihat langsung oleh mata kasar.

Praktikum sebulan dh habis. Merasa jugak sebulan aku berulit dgn budak-budak dan apa itu sekolah. Segala budi bahasa aku cuba semaikn supaya semua org selesa dgn kehadiran aku. Tapi ahhh biasa, manusia. Ekspetasi dan persepsi lain orang, kan lain-lain. bukan semua hati dpt kita puaskan. Aku dh rasa mcm mn penatnya seorang guru hendak mengajar dan mendidik. Didik paling sukar. Bukan mudah nk terap dan bina seorang murid yg kamu ekspetasikn utk jadi hebat sebab latar belakang dia jauh ke depan atau ke belakang. Dulu aku endah tak endah sj dengan karier mungkin seumur hidup sebab takmerasa lagi peritnya tapi haih dh merasa, terasa la jugak peritnya skrg.

April dh nak habis. Mei dh nk menjengah. Aku harap Mei akan be good to me. Aku harap Mei membawa cerita cerita yang lebih indah. Aku harap Mei akan tenang-tenang mcm air di kali. Tak mcm Januari smpai April. Byk cerita sedih, byk cerita sayu dan banyak cerita menyayat hati yg aku terima. Ahhh tapi nk buat mcm mn, jadi manusia dan hidup di dunia fantasi memang mcm ni naturenya. Kamu bukan hidup dlm dunia barbie serba sebi happy. Kan? cuma doa dan iman sj yang boleh kekalkan dua kaki stabil di atas tanah.

Aku baru balik dr rumah. Cuti selama 3hari full tanpa assignments memang agak heaven. Apalagi jarang jarang sekali dpt cuti, aku dan adik adik pun keluar jalan jalan ambik angin yg berangin la jugak. Nk naik yg kayuh kayuh apatah hai namanya ramai sgt manusia. Last last ambik buggy ride, satu round rm15 okaylah. Yg tak okay sampah sarap bersepah sepah sekeliling tasik aduhai. Rosak pemandangan. Malu betul jadi Malaysian. Berbudi bahasa apa ke nyalah buang smph merata rata. Malu tau malu. Nasib tourist taktahu Tasik Jitra dekat mana. Malu cheq sebagai org Jitra. Kalau aku jdi psgn pengantin tak adanyalah nk photoshoot dekat sini. Nk upload gmbr smph pun takberapa nk smpai hati.





Okay bai semua. Jumpa lagi nanti. Goodbye April. Welcome May. May, be good to me, be good to me.




p/s: Rindu nya pada adinda adinda usrah. Pada adinda yg jauh di mata dekat di hati. Seriously.