Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

01 Mei 2012

refleks refleksi



Assalamualaikum.  dan hai! *sambil senyum sengih2*. sengih sebab happy. happy sebab dh habis praktikum! Okay entri kali ni aku saja je lah nk cerita pasal praktikum, memandangkn aku ialah seorang yg terlibat dgn praktikum, kenapa ayat aku mcm bangang, okay abaikn, memandangkan aku telah melalui fasa praktikum selama 6 bulan yakni fasa 1 sebulan, fasa 2 2 bulan, dan fasa 3 3 bulan. totalnya eh takpayah nk ambik calculator dh weh memang 6 bulan, 6 bulan semuanya, ramai jugak adik2 junior yg bertanyakn tips2 serta cerita2 praktikum masa lalu utk dibuat pengajaran dan guidance la. oleh itu, secara berbesar hati meskipun aku tak berapa nk pasti ada tak adik2 yg mmbacanya, aku kongsikn la juga cerita2 praktikum aku, sebagai bacaan masa hadapan hewhew lebih kpd refleksi aku la ehem.

praktikum merupakan ceh apasal cm bangang sekali lagi permulaan ayat aku ni ish, praktikum ialah latihan perguruan yg bakal dilalui oleh semua guru pelatih yakni bakal guru di hari muka ecewah ayat. namun begitu, namun begitu? *tepuk dahi* namun begituewww okay baru bunyi cm urban sikit ye dak haha bagi guru dr institut pendidikan guru yakni ipg, total fasa praktikum yg dijalani adalah selama 6 bulan, 6 bulan? ya sayang 6 bulan kita putus eh eh. selama praktikum kau kena pergi sekolah mcm guru biasa dan mengajar budak2 apa yg kau dh belajar means kau aplly la balik all those ilmu yg dipelajari dgn cr yg difahami budak2 plus sambil diselia cr mengajar kau itu dan di rate oleh pensyarah dan guru penyelia erkkk haaa gituewww. namun begitu, antara kekangan2 yang paling ditakuti oleh semua guru pelatih mengenai praktikum ialah; 

1) bangun pagi ya amat lagi parah kalau sekolah kau jauh dowww cth pd pukul 5am
2) tidur lambat ya amat sebab kau kena buat bahan bantu mengajar mcm kad bacaan or apa2 cth pd pukul 5am jadi perkara pertama akan jadi susah gilaaaaaaaaaa sobsss 
3) budak2 mcm hantu yg nakalnya takdpt diungkap dgn kata2 *insert lagu Ongbak Rinduewww
4) kantin masak tak sedap, menu sama, jual mahal tahap Hotel sedih woooo cekeding aku kanggg tapi tak pun ehem
5) meeting banyakkkkkkk sampai sambil tersengguk2 dlm bilik meeting sambil telan chewing gum erkkkk
6) kerja, report, files sekolah tetiba kau kena jadi kerani sekolah azab oi azab
7) cikgu2 tak mesra alam sekitar kau jln kena tunduk tengok kasut sebab org menyampah tengok muka kau yg tak lawa okayyy kejam gila contoh hewhew
8) guru besar tak suka kau sebab dia memang tak suka nk buat cmna dh, lain la aku ehemmmmm
9) kerja banyakkkkkkk seperti buat lesson plans, teaching aids, worksheets, portfolio dan assignment2 semasa yg ibarat banjir kilat di Kuala Lumpur habaq hang
10) meeting atau kerja di hari weekend ya Allahhhh *insert lagu Mariah Carey 'My All' Motif? tiada motif

haaa tudia. 10 perkara di atas merupakan antara sebab guru pelatih sgt takut akan praktikum. rasa cm menggigil badan2 sampai makan tak berapa kenyang kena beli double cheese baru mcm umphhh, tidur tak berapa nk lena sebab kelmarin dh tido lama sangat dan mandi tak berapa nk basah sebab mandi kerbau sobsss. 

tapi tapi ttapiiii *buat muka noob, aku dh habis semuaaaaaa 10 perkara di atas. Alhamdulillah sgt2. rs cm nak nangis terharu tapi sebab kena jaga imej aku tak ada la buat gaya drama sgt meski terniat di hati siapa yg tahu. 

dan antara komen2 dan kritikan membina badan eh yg aku peroleh tentang cr pengajaran aku dari pensyarah dan guru penyelia ialah;

1) praktikum 1 ; (Pemulihan Bahasa/Matematik) / Tahun 2/ SK Convent Lebuh Light

-awak ckp terlalu laju, budak2 susah nk faham
-set induksi/ set permulaan pengajaran awak biasa dan cliche, budak2 bosan

-aku usaha ckp lmbt, sebutir2 dengan iringan hujan saliva hewhew awkward gila wehhhh tapi berkat usaha gigih seorang petani eh seorang aku, aku berjaya atasi masalah besar aku pd ketika itu. Alhamdulillah laaa
-aku mempelbagaikn cara induksi aku dgn mbuat game tah hapa hapa tah, main puzzle, main belon, main penampar eh eh semua la kiranya aku cuba dan alhamdulillah again

dan keputusannya, aku dpt A- utk praktikum ini yayyyy :D

2) praktikum 2 ; (Pemulihan Bahasa/Matematik & Bahasa Malaysia) / Tahun 3/ SK Sungai Nyior

-awak bercakap dlm loghat utara yg pekat. sebagai guru Bahasa, awk kena belajar utk ckp secara baku

-aku dgn secara gigih sekali lagi mencuba mbuang segala loghat Jitgha yg aku ada demi anak bangsa ecewahhh demi sebiji A wehhh hahaha dan alhamdulillah aku dpt A- again utk praktikum kali kedua yayyy

3) praktikum 3 ; (Pemulihan Bahasa/Matematik & Matematik)/ Tahun 2 & Tahun 5/ Sk Bayan Lepas 2

- okay secara jujur praktikum terakhir aku kurang mendapat kritikan atau komen sebab pensyarah dan cikgu penyelia aku kali ni tak berapa suka mengomen sgt ataupun memang tak ada benda nk dikomen mungkin eh dan keputusan utk praktikum terakhir tidak diketahui lg namun aku ada terdgr ckp2 cikgu aku bahawasanya aku dpt A- juga utk kali ni.
tu pun aku terus rs cm lega sebab dh berjaya habiskn praktikum yg amat la dibimbangi ini dgn habis la pendek kata. walaupun tak dpt A+ atau A sebijik, aku tetap rs syukur ke hadrat Illahi dh sebab aku dh cuba sedaya yg aku mampu pun dan aku puas hati la dgn kehadiran A- ini cewahh.

meskipun penat, letih dan takmahu ku ulangi lagi dusta eh praktikum sebab betapa mcm susah tapi kenangan2 sepanjang semasa praktikum sgt manis utk dikenang. betapa terasa la pengorbanan seorang guru yg kerjanya mendidik murid tanpa diminta balasan sebab ala gaji cikgu mcm seciput tapi pengorbanan dia ya Allah usah ckp la, kau bersengkang mata buat latihan murid, menanda kertas murid, mengajar dengan sakit tekak, menerangkn satu persatu kepada setiap murid dengan jemu, jemu la jugak sebab asyik ulang benda sama tapi kena ulang juga sebab budak tak faham, mendisiplinkn murid utk hormat org lain, menunjukkn cth tauladan yg baik utk dicontohi, memberi duit kpd murid yg hilang duit asyik2 hilang duit tampa kang, mendamaikn pergdauhan murid, berusaha memahami murid yg bermasalah, mengasihi murid tanpa syarat tak stok aaron aziz pun sayang hapa, membela murid yg ditindas dan ahhh byk lagi. betapa kenangan hubungan love-hate dgn budak itu manis, budak2 boleh jd sgt adorable tapi kalau manja melebih aku bagi siku jewwwww hahaha eh lawak ja, betapa bila dipanggil ckgu semua benda jadi cm cikgu2 la, mkn mcm cikgu, minum mcm cikgu, ckp mcm cikgu, marah mcm cikgu dan etc. betapa kasih syg antara cikgu dan murid sangat sejati. harapan seorang guru terhadap anak murid dia bukanlah supaya anak murid dia dpt jd doktor semuanya tetapi harapannya biarlah anak muridnya semua jadi manusia yg berguna dan bahagia. terharu tak ayat aku, aku pulak mcm touching sobsss

ya Allah tetiba aku baru mcm menyedari bahawasanya entri aku kali ni agak panjang sebab aku jumble 3 praktikum kan kan kan. oleh itu aku akhiri cerita aku kali ni dgn isi mesej antara aku dan murid aku yg hensem.

Johan: Cikgu, Johan rindu cikgu
Aku: Ala yaka bukan ke cikgu garang, takkan Johan rindu
Johan: Garang-garang cikgu pun, cikgu yg bagi ilmu

okay sentap uolll ayat anak murid aku. baru darjah lima tuewwww. terharu akuuuu sobsss. 


1 ulasan:

Hzwan Hammad berkata...

apa khabar cikgu? lama xdgr crt. Hazwan rindu cikgu jugak. haha