Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

18 Julai 2012

tanggal mulut

Aku taktau kenapa waktu marah aku selalu lupa diri. Betul lah betul kata Nabi, marah kawan baik syaitan. Mesti syaitan rapat2 saja dgn aku waktu aku hangin, darah naik sampai kepala, dan mulut bercakap tanpa fikir apa2. dh la aku ckp laju. Mcm non-stop bullet. aku rasa kalau butir2 percakapan aku ada jasad, mesti ada banyak org yg mati tertembak hahaha. Disebabkn budak2 darjah 1 yg sgt bising tadi, aku dgn gaya Kak Long Kodiang dekat pintu belakang, menjegil mata mcm mata Maya dlm PHSM, dan dgn konfiden berkata,
"apa yg potpet2 sgt 1 A ni haa? Esokkkk sebelum datang sekolah, semua jangan bawak mulut. Semua tinggal mulut dekat rumah. Sapa bawak mulut dia datang sekolah esok, dia kena la dengan cikgu. Potpet2 aja kerjanya."
dan depa pun pandang aku dengan terkebil2 mata.






Dh lama2 sikit, baru aku teringat dialog aku, dan mula gelabah, kang esok semua2 budak2 darjah 1 A tak datang sekolah esok mati aku. Mesti depa terfikir, camna la nk buang mulut dan takmau bawak mulut dtg sekolah. Mati aku mati aku. Die die die. Darjah 1 weh darjah 1. Kenapa aku mcm ni, kenapa?

Tiada ulasan: