Dengan nama Tuhan yg Maha Mengasihani dan Maha Penyayang

Inilah dia; tentang aku yg terpaling biasa dan hina.

26 Februari 2013

Baru



Hai. Disebab kan OB ditulis pada zaman-zaman sebagai pelajar kolej, jadi bila dah habis belajar, saya pun dah berpindah ke ruang baru. Kalau sudi nak menjamu mata sila la ke rumah baru saya ihiksss (saja ihiksss untuk kelihatan comel. Motif? tiada motif khusus, maaf. -,-') 


Ni dia. kelik tau kalaus sudi. Bai. http://lofalofa89.blogspot.com/

p/s; tapi, rumah baru ni pun bersawang jugak, sebab passion menulis dah merosot! Oh no!!!

24 September 2012

Hamba #1



nak berubah memang payah. lagi-lagi berubah jadi baik. sebab tu Allah tawar ganjaran hebat. Syurga lagi. Yg manisnya takdpt terbayang hatta oleh siapa-siapa dan hatta oleh apa-apa. sebab payah la, kita kena paksa diri juga. paksa buat semua benda baik. ini je tips dia. payah tapi tak rugi. lama-lama jadi biasa. lama-lama jatuh cinta. lagipun, Allah taktengok hasilnya tapi Allah tengok usaha. Jadi, jom la berubah. hidup pun taktahu sampai bila. entah esok lusa, jatuh sakit terbaring takmampu buat apa apa, ataupun memang dh tak akan terbuka mata sebab dh hilang nyawa. 

01 September 2012

10 Ogos 2012

Sungguh, 
Betapa Tuhan tahu segala cerita.
Setelah lama aku terluka dan terdampar di lembah duka
Beresak tangis dan bertanya, kenapa aku?
dan bila kan bahagia datang menyirna?

Sebenarnya,
telah lama Dia simpankan cinta.
Untuk aku yang terpaling hina.

Jauh tak terkelih oleh siapa
Dalam tak terbayang oleh hamba.

Sungguh,
Betapa Tuhan tahu segala cerita.

18 Julai 2012

tanggal mulut

Aku taktau kenapa waktu marah aku selalu lupa diri. Betul lah betul kata Nabi, marah kawan baik syaitan. Mesti syaitan rapat2 saja dgn aku waktu aku hangin, darah naik sampai kepala, dan mulut bercakap tanpa fikir apa2. dh la aku ckp laju. Mcm non-stop bullet. aku rasa kalau butir2 percakapan aku ada jasad, mesti ada banyak org yg mati tertembak hahaha. Disebabkn budak2 darjah 1 yg sgt bising tadi, aku dgn gaya Kak Long Kodiang dekat pintu belakang, menjegil mata mcm mata Maya dlm PHSM, dan dgn konfiden berkata,
"apa yg potpet2 sgt 1 A ni haa? Esokkkk sebelum datang sekolah, semua jangan bawak mulut. Semua tinggal mulut dekat rumah. Sapa bawak mulut dia datang sekolah esok, dia kena la dengan cikgu. Potpet2 aja kerjanya."
dan depa pun pandang aku dengan terkebil2 mata.






Dh lama2 sikit, baru aku teringat dialog aku, dan mula gelabah, kang esok semua2 budak2 darjah 1 A tak datang sekolah esok mati aku. Mesti depa terfikir, camna la nk buang mulut dan takmau bawak mulut dtg sekolah. Mati aku mati aku. Die die die. Darjah 1 weh darjah 1. Kenapa aku mcm ni, kenapa?